Pages

09 February 2009

Lompat Si Katak Lompat

"Lompat si katak lompat, lompatlah tinggi-tinggi..."

Ini lagu kegemaran alam kanak-kanak orang Melayu, tapi saya yakin sekarang ramai orang dewasa pun turut meminati lagu ini lebih-lebih lagi orang-orang Barisan Nasional walaupun pada asalnya pemimpin Pakatan Rakyat yang mengajarkan lagu ini kepada orang-orangnya.

Hai, nampaknya Datuk Seri Anwar tidak begitu pandai menyanyi lagu ini jadi orang-orangnya lebih gemar menyanyi lagu ini bersama-sama orang lain. Maka orang-orang beliau sudah mula bising. Mana tidaknya dengan menyanyi saja kapal sudah mahu karam.

Saya pelik, kenapa bila kita dan orang-orang kita menyanyi boleh tapi bila orang lain menyanyi tak boleh? Bila ketua kita yang menyanyi kita diam saja. Bila orang lain yang menyanyi kita mengamuk, merusuh, hendak menyaman itu menyaman ini. Apa kejadahnya semua ini? (gaya edisi siasat)

Itulah, kita jangan suka mempermainkan orang kerana orang lain juga pandai bermain. Alih-alih kena batang hidung kita sendiri. Bukannya saya ingin menyebelahi mana-mana pihak tetapi jikalau ditanya, saya akan berkata, padan muka! Hahaha.

1 comment:

Anonymous said...

tetiba j ak trpggil utk jwb isu ni, even i'm not in favour of anwar sgt, but ats prinsip wala' pd pimpinan bia j lh ak bg pndpt ak lak ek?

anwr ajar lompat ek? try ko tgok isu kt kelate dlu, cane umNo culik 2 org adun PAs tym 2 utk jtohkn krjaan, n paksa dorg utk bwt akuan letak jawatan?

sape yg establish lompat parti ni ea? kt kelate da ad enactment utk xbg lompat parti, tp xley enforce psl contrast ngn psktuan. apsal tym BN dpt majority 2/3 dlu, diorg xgubal cpat2 undag2 xbg lompat parti ek?

anwar 2 serpihan uMno, n org uMno ni mmg zske ikot pratorn sgt, myb exact worg shoulb be gile nk memerintah kot?

lastly, klu pdn muke ko 2 utk anwr, ak nk join gk ko, tp klu utk PaS ak nk ckp ko clap, psl Mat Sabu (naib presiden PAS) pnah habaq, pAs xpnah blajo caner nk soh owg lompat parti..

hrp ko pham la ea~