Pages

05 February 2009

Boikot Israel Memudharatkan Umat Islam?

Saya menulis sebagai respon kepada artikel yang disiarkan oleh seorang kakitangan di universiti saya berkenaan isu memboikot produk Israel dan sekutunya. Sungguhpun saya percaya yang respon ini berkemungkinan besar tidak akan dibaca oleh beliau tetapi saya mahu para membaca sekalian mempunyai pengetahuan tentangnya.

Artikel tersebut berkisar tentang pendapat penulis dan rakannya yang kurang bersetuju dengan cadangan memboikot barangan Israel atas sebab beliau dan sahabatnya melihat perkara ini dari sudut Usul Fiqh atau lebih terperinci Prinsip Maslahah(kepentingan umum).

Kata beliau dengan memboikot barangan Israel kita akan menyebabkan ekonomi umat Islam khususnya di Malaysia terjejas. Contoh yang diberi adalah berkenaan soal memboikot McDonald yang majoriti pekerjanya beragama Islam akan menyebabkan ramai pekerja Islam kehilangan pekerjaan lalu menganggur dan seterusnya berkemungkinan menggunakan cara yang tidak dihalalkan oleh Islam untuk menyara diri seperti mencuri, melacur atau mengedar dadah.

Sungguhpun saya bukan seorang ulama' mahupun ahli dalam bidang usul fiqh, saya melihat hal ini sebagai tidak bertepatan dengan Prinsip Maslahah, lantas meragukan rujukan yang dibuat oleh penulis artikel terhadap prinsip tersebut.

Sepanjang pengetahuan saya prinsip yang dianjurkan Islam apabila kita berhadapan dengan situasi di mana kita tidak mempunyai pilihan kecuali memilih antara melaksanakan salah satu di antara dua perkara yang kedua-duanya memudaratkan, adalah wajar untuk kita membandingkan keduanya dan memilih perkara yang lebih kurang mudharatna daripada yang satu lagi. Dengan sebab itulah prinsip dharurah dibenarkan dalam Islam.

Contohnya, kita berhadapan dengan situasi kapal karam dan kita terapung tanpa arah di tengah lautan dan kehausan, harus bagi kita meminum air kencing walaupun pada dasarnya air kencing memudharatkan jika diminum kerana bukan sahaja najis malahan mengandungi toksik kerana sekiranya kita tidak minum atau meminum air laut maka kita akan mati terhidrat. Sebabnya, mudharat yang akan berlaku berpunca daripada meminum air kencing adalah lebih sedikit jika dibandingkan dengan meminum air laut atau berterusan dalam kehausan yang akan menyebabkan kematian.

Jadi jika dilihat daripada isu sama ada merelakan umat Islam di Palestin dibunuh atau merelakan umat Islam kehilangan pekerjaan dengan memboikot Produk Israel, saya rasa tanpa perlu berfikir panjang kita akan sampai kepada kesimpulan yang bahawasanya membiarkan umat Islam dibunuh itu adalah lebih besar mudharatnya daripada membiarkan umat Islam dibuang kerja.

Katakanlah boikot ini berlangsung dengan jaya sehingga menebabkan McDonald gulung tikar, saya rasa yang terjejas hanyalah pekerja di syarikat tersebut tapi bukan pembekal mahupun penternak ayam kerana jumlah penggemar ayam tidak berkurang dengan penutupan McDonald. Mereka tetap akan makan ayam cuma tidak dengan resepi yang digelar Ayam Goreng McD dan sebagainya.

Jadi saya tidak rasa yang pertimbangan penulis artikel tersebut terhadap Prinsip Maslahah dalam Usul Fiqh boleh digunapakai.

3 comments:

Echoes said...

heh. macam pendapat seorang teman, katanya kita sendiri akan terjejas kalau boikot barang-barang tu. Sebab tu dia tak percaya pada boikot.

macam-macam.

takde lah sampai mati kebuluran kalau boikot pun, kan?

Anonymous said...

zaman nabi pun ade peristiwa nabi memboikot brgn yahudi...semak blk sejarah...

Anonymous said...

kenapa org islam perlu bekerja dgn mcD, byk lg kerja lain yg halal, kenapa nk bekerja jgk dgn kompeni yahudi tu...