Pages

01 February 2009

Biarkan yang Semasa dan Selesaikan yang Telah Lama Tergendala

Belakangan ini saya jarang berkesempatan mengikuti perkembangan semasa yang berlaku di dalam mahupun luar negara. Justeru saya tidak berupaya menulis hal-hal berkaitan isu semasa. Terpaksa saya akui yang tersebut adalah salah saya yang tidak mahir dalam pengurusan masa.

Namun terkadang saya berfikir, kita semua terlalu sibuk memberi perhatian, berbincang dan mencari penyelesaian bagi isu-isu baharu. Malangnya, isu-isu dulu yang tergendala dan masih belum menemui titik penyelesaian tidak diberikan perhatian yang sewajarnya walhal isu-isu tersebutlah yang saya fikir lebih penting untuk diutamakan kerana melibatkan perkara-perkara asas. Sedangkan isu-isu semasa ini hanyalah cabang masalah sebagai kesan lanjutan kepada masalah lama yang belum selesai.

Inilah lumrah manusia, kita begitu teruja sekali bila berhadapan dengan perkara-perkara baru kononnya menunjukkan kita ini selalu dikemaskini (up to date) sehingga menyebabkan kita alpa dan mengabaikan masalah lama yang sebenarnya memberi kesan yang lebih mendalam dan ketara.

Sebagai contoh, masalah perpaduan umat Islam yang telah berkurun lamanya terbiar dan tidak diselesaikan telah meruncing dan merumitkan isu yang berlaku di Palestin dan Afghanistan. Kiranya masalah ini berjaya diselesaikan, saya pasti masalah yang berlaku di Palestin dan Afghanistan tidak akan berlaku atau jika berlaku pun tidak akan berlarutan dan tidak berkesudahan seperti yang kita dapat lihat sekarang.

Jadi padanlah dengan muka kita semua. Sibuk sangat dengan perkara semasa, kononnya kitalah orang yang peka padahal orang yang bijak menyelesaikan masalah dari peringkat paling asas supaya masalah yang bakal timbul kesan daripada kegoyahan bahagian asas tidak berlaku. Selagimana isu-isu lama yang asas masih belum selesai, selama itulah kita terpaksa mendepani masalah demi masalah baru kerana semakin lama suatu perkara itu diabaikan, semakin banyak dan rumitlah masalah baru yang akan kita temui.

Saya ingin menggambarkan keadaan kita sekarang dalan bentuk situasi. Bayangkan terdapat paip yang bocor di rumah kita dan air dari kebocoran itu membasahi ruangan rumah. Kita membiarkan kebocoran itu tetapi mengelap percikan air yang membasahi ruangan rumah supaya tetap kering. Sampai bila kita perlu mengelap?

Bodoh atau tidak tindakan tersebut, saya yakin anda yang membaca dapat memberikan jawapan yang tepat.

2 comments:

Anonymous said...

Syed, tolong jawab orang-orang bodoh ni... http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/Features/20090212214846/Article/indexF_html

Anonymous said...

Syed, tolong jawab orang-orang bodoh ni... http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Friday/Features/20090212214846/Article/indexF_html