Pages

09 January 2009

Qunut Nazilah Mengiringi Saudaraku Di Palestin





Lagi gambar kekejaman Israel di sini.

Orang Melayu berkata, cubit peha kiri peha kanan pun terasa sakit. Begitu sekali gambaran bagaimana akrabnya hubungan dalam persaudaraan, ketika salah seorang saudara ditimpa musibah, saudara yang lain turut merasa akan kesannya.

Tetapi malang bagi umat Islam masa kini, saudara kita bukan lagi dicubit bahkan dipijak-pijak kepalanya, tetapi kita masih lagi mampu bersenang-lenang dan bergelak ketawa. Kalau adapun cuma sekelumit marah dan rasa tidak puas hati.

Entah kemana hilang maruah umat Islam, tegar sekali kita melihat saudara kita dibunuh kejam dan tanah milik mereka dirampas oleh rejim Zionis laknatullah. Hari ini adalah hari ke-13 serangan tentera Israel terhadap Palestin bermula 27 Disember lalu yang telah membunuh lebih 700 jiwa beriman. Yang mana juga merupakan sambungan kepada episod kekejaman mereka yang telah berlarutan lebih 60 tahun.

Dalam tempoh ini juga pemimpin-pemimpin Islam sibuk bermesyuarat yang membuahkan tidak lain dan tidak bukan kegagalan dan mencerminkan sifat penakut mereka. Kalaulah Rasulullah dan para sahabat dahulu seperti mereka yang sangat asyik bermesyuarat, pastinya Islam telah lama pupus daripada muka bumi Allah ini.

Sudahlah begitu, masih lagi ada pemimpin Islam bodoh yang percaya akan wujudnya jalan damai, dialog atau genjatan senjata bersama Israel. Barangkali tempoh 60 tahun dan korban lebih 200 000 rakyat Palestin tidak mencukupi untuk meyakinkan mereka yang Yahudi bukanlah jenis manusia yang boleh diajak berdamai. Seharusnya semua negara Islam bersatu untuk melenyapkan Israel daripada muka bumi.

Bukannya kita tidak mampu, namun inilah akibatnya bila kita umat Islam dikepalai oleh pemimpin yang bodoh, penakut dan menjadi 'anjing' suruhan kepada Barat. Asalkan perut mereka kenyang, selama itulah hati mereka akan senang. Walaupun saudara mereka di bumi lain bersusah-payah untuk hidup, dihina, diseksa dan diserang setiap hari.

Yang peliknya, kalau anjing biasa, ada juga menyalak sekali-sekala. Namun entah bius apa yang telah diberikan oleh Barat kepada 'anjang-anjing' mereka ini sehinggakan mulut 'anjing-anjing' itu sudah tak mampu lagi untuk dibuka apatah lagi untuk menyalak. Jelas sekali yang mereka lebih teruk daripada anjing.

Mereka yang bersekutu dengan Barat ini sebenarnya sama laknat dengan Israel. Merekalah antara dalang yang menyebabkan beratus ribu nyawa umat Islam Palestin maut kesan daripada keredhaan mereka terhadap perbutan Zionis laknatullah juga hubungan akrab mereka bersama Amerika dan sekutunya.

Di sini saya menyeru sekalian umat Islam untuk membaca Qunut Nazilah dalam setiap solat kita sesuai sebagaimana yang telah di tunjukkan oleh Rasulullah ketika hayat baginda. Ingatlah yang bahawasanyan doa itu adalah senjata paling ampuh bagi orang Islam. Kalaupun kita tidak mampu berjuang bersama para saudara kita di sana sekurang-kurangnya kita memohon doa kepada Allah demi kemenangan Islam.

Qunut Nazilah

اللهمﺇ إنا نجعلك في نحورأعدائنا
Ya Allah, sesungguhnya kami meletakkan-Mu di leher musuh-musuh kami
ونعوذبك من شرورهم
Kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka
اللهم بدد شملهم
Ya Allah, leburkanlah kumpulan mereka
وفرق جمعهم وشتت كلمتهم
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
وزلزل أقدامهم
Goncangkan pendirian mereka
وسلط عليهم كلبا من كلابك
Dan hantarkanlah anjing-Mu kepada mereka
يا قهار يا جبار يا منتقم
Wahai yang gagah perkasa, yang penuh raksasa, tuhan yang bersifat murka
ياالله ياالله يالله
Ya Allah Ya Allah Ya Allah
اللهم يا منزل الكتاب
Wahai tuhan yang menurunkan kitab
ويا مجري السحاب
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
ويا هازم الاحزاب
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-Ahzab
ﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمهم وانصرنا عليهم
Kalahkan mereka, kalahkan mereka, kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka.

*Untuk maklumat lanjut mengenai Qunut Nazilah, sila klik di sini.

No comments: