Pages

06 January 2009

Kenapa Yang Baik Sahaja Yang Datang Daripada Allah?

"Yang baik itu datang daripada Allah manakala yag buruk itu datang daripada kelemahan dan kekurangan diri saya sendiri..."

Begitulah bentuk ucapan yang biasa kita dengar dari mulut penceramah di akhir majlis. Malangnya yang tersebut itu adalah tidak benar dan merupakan suatu bentuk kezaliman terhadap hak Allah.

Allah itu adalah pemilik dan sumber bagi segala sesuatu bukan sahaja yang baik malah yang buruk. Allah yang mencipta kebaikan sebagaimana Dia mencipta keburukan. Sepertimana yang kita sedia maklum, berpandukan pendapat ahli sunnah wal jama'ah, setiap sesuatu yang berlaku itu adalah di atas usaha manusia dan juga keizinan daripada Allah.

Jika tiada usaha daripada manusia maka tiadalah hasilnya samaada kebaikan atau keburukan. Jadi tidak harus timbul pernyataan sebagaimana yang disebut di atas. Yang sepatutnya disebut adalah:

"Kebaikan dan keburukan itu semuanya datang daripada Allah melalui daya usaha saya sendiri..."

Nah, beginilah yang sebenarnya. Malangnya orang kita sangat suka mengikut perbuatan orang lain tanpa memikirkan baik buruknya perkara yang dijadikan ikutan itu. Ini adalah suatu sikap yang sangat buruk kerana perbuatan seorang manusia biasa itu tidak boleh dijadikan rujukan dalam hal agama.

Barangkali ada orang memandang ini sebagai hal remeh-temeh namun hakikatnya ini melibatkan akidah. Adalah salah untuk kita menyandarkan kebaikan itu sepenuhnya daripada Allah tetapi dalam masa yang sama menyandarkan keburukan itu sepenuhnya datang daripada kita. Ini jelas bertentangan dengan akidah ahli sunnah wal jama'ah.

Pengajarannya jika disebut dalam bahasa yang kasar, jangan jadi seperti seekor babi yang buta menyondol apa sahaja yang ada di depannya sehinggakan orang Melayu dahulu-kala keluar dengan suatu peribahasa berbunyi, membabi buta.

No comments: