Pages

12 January 2009

Boikot Israel, Amerika dan Sekutunya



Ini adalah suatu kempen yang telah lama bermula. Namun malangnya kita tidak menyahut seruan ini secara berterusan. Semasa Israel mengganas, kita pun memboikot. Apabila mereka diam, kita pun tidak memboikot. Seharusnya kita terus memboikot secara berterusan supaya kesannya sangat mendalam hingga menyebabkan syarikat-syarikat di atas gulung tikar.

Ini bukan masalah produk yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat di atas adalah haram. Masalahnya adalah mereka menjadi sumber kewangan kepada Israel, mereka menaja aktiviti keganasan Israel dan membantu Israel membunuh orang-orang Islam.

Benar, ada di antara barangan tersebut yang halal. Ini tidak dapat dinafikan. Ada kawan saya bertanya kenapa kita perlu boikot barangan yang halal? Jawapannya, sebagaimana yang saya katakan di atas, sebabnya ialah syarikat-syarikat di atas menyalurkan keuntungan yang mereka raih daripada jualan produk mereka kepada Israel yang kemudiannya digunakan untuk menjahanamkan Islam.

Sekiranya kita terus membeli produk tersebut. Secara tidak langsung kita menjadi penaja kepada Israel untul membunuh umat Islam sendiri.

Percayalah, jika setiap orang memainkan peranannya walaupun sedikit apabila dikumpulkan pastinya memberi kesan yang sangat dalam terhadap Israel laknatullah. Jangan cari alasan lagi. Kita semua mempunyai tanggungjawab jadi laksanakanlah tanggungjawab kita kerana kita akan disoal oleh Allah tentangnya.
Pautan: PMRAM, Che Det

2 comments:

afiq said...

Ayuh kita boikot !!!

anak kecil disini menangis nak makan KFC...

anak kecil disana menangis kerana langsung tak dpt makan...

Anonymous said...

tidak dinafikan memboikot produk israel secara tidak langsung akan membantut pergerakan mereka dalam menghapuskan Gaza di peta dunia..tetapi dengan hanya memboikot semata2 adalah tidak memadai buat saudara kita di Palestin..negara2 islam seperti Iran,Mesir,Jordan dan juga Malaysia sepatutnya bergabung tenaga menghalau tentera2 zionis dari bumi Allah Palestin...sungguhpun begitu,dilihat seluruh dunia mula menentang dan menindas keras perbuatan keji mereka..diharap suatu masa nanti impian melihat kaum yahudi لعنة الله pula diperangi akan tercapai...إن شاء الله