Pages

26 December 2009

Law vs Ethic

I have some disagreement with one of my lecturers regarding to relationship between law and ethic, specifically on the question which one should be above the other, according to various perspective which I will later explain. I am feeling so much insulted when he accusing me of being very much influenced with the western ideology when dealing with the above topic especially when focusing on Islamic point of view. My controversial stand will be explained in the end of this post.

Many scholars have defined the word law. In simple term, law is what is enforced on the people by the authority. On the other hand, ethic is rather more complicated to be defined since ethic is something very subjective. It might be determined by numerous factors for instant religion, culture, locality and human’s mind. Each and every one of these has its own way of determining whether something is ethical or not. The dictionary that I referred to, defines "ethics as set of moral principles" and moral in the other hand "concerned with the principles of right and wrong behaviour and the goodness or badness of human character".

16 December 2009

Kafaah (kufu) Nasab dalam Perkahwinan @ Ahlul Bait, Syed dan Sharifah 3

Beberapa bulan yang lalu, saya menulis beberapa siri penulisan bertajuk ahlul Bait, Syed dan Sharifah dengan mengkhususkannya berkaitan soal perkahwinan mereka. Dalam penulisan-penulisan tersebut saya terangkan betapa seorang Syed atau Sharifah tidak seharusnya bersikap taksub terhadap keturunan mereka sehingga ke tahap menghalang perkahwinan anak-anak mereka dengan mereka yang berketurunan bukan Syed atau Sharifah semata-mata kerana sebab keturunan dengan menganggapnya sebagai larangan agama.

Penulisan saya yang tersebut telah mendapat perhatian yang agak memberangsangkan beserta komen-komen sehingga ke tahap ada seorang hamba Allah yang menuduh saya cuba menyampaikan ajaran songsang kerana menafikan kepentingan kafaah atau kufu dalam perkahwinan antara mereka yang berketurunan Syed dan Sharifah dengan yang berketurunan selain daripadanya.

10 December 2009

Pengenalan kepada Ilmu Kalam (Bahagian 2)

Sebagaimana yang dijanjikan, berikut saya sertakan sedikit latar belakang puak-puak yang lahir daripada perkembangan ilmu kalam @ tauhid @ usuluddin @ akidah:

Ahli Sunnah wal Jamaah: Diasaskan oleh Abu Hassan Al-Ash'ari dan Abu Mansur Al-Maturidi dengan berpaksikan kepada Al-Qur'an dan Sunnah. Tujuan penubuhannya adalah untuk menentang fahaman sesat yang dibawa oleh kelompok Mu'tazilah, Jabariyah, Mu'tazilah, Syiah, Khawarij dan lain-lain. Kelompok Ahli Sunnah turut menggunakan hujah akal dalam usaha mematahkan hujah-hujah falsafah yang diutarakan oleh kelompok tersebut. Kelompok ini tidak terhad kepada perbincangan ilmu kalam tetapi turut membahaskan soal fiqh, ilmu tafsir dan lain-lain. Daripada sini jugalah terbentuknya empat mazhab utama yang terkenal sehingga ke hari ini iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

03 December 2009

Talfiq, Wajarkah Bagi Orang Umum?

Post yang terpapar di blog rakan saya telah memikat saya untuk menulis berhubung dengan tajuk di atas. Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut lagi wajarlah kiranya saya memberi pengertian talfiq supaya para pembaca dapat mengikuti tulisan saya ini dengan pemahaman yang baik.

Talfiq dalam erti kata yang mudah adalah seseorang yang mengamalkan pendapat dari satu mazhab dalam suatu perkara dan mengambil pendapat dari mazhab lain dalam suatu perkara yang lain. Contohnya, seorang yang bermazhab Syafie' misalnya menolak salah-satu pendapat daripada mazhab Syafie' dan mengambil misalnya, pendapat daripada mazhab Hanafi untuk diamalkan atas sebab sebab yang tertentu.

26 November 2009

Korban lwn Aqiqah (Edisi Hari Raya)


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd...

Para pembaca sekalian, sangat mendukacitakan dan menyakitkan hati apabila masih ramai umat Islam yang tidak memahami apakah itu ibadah korban dan aqiqah dan apakah perbezaan antara keduanya. Saya sedang memandu sambil mendengar radio ketika juruhebah station radio tersebut membangkitkan isu ibadah korban dan aqiqah sebagai tajuk perbincangan. Para pendengar diacukan soalan, apakah yang membezakan ibadah korban dengan aqiqah?

Antara jawapan yang diberikan oleh salah seorang pendengar, beza antara keduanya adalah niat. Yang menyedihkan saya ada dua orang pendengar yang sempat saya ikuti jawapan mereka berkata bezanya ialah si pembuat korban boleh memakan sedikit bahagian daripada binatang korban manakala dalam ibadah aqiqah si pembuat aqiqah langsung tidak boleh memakan bahagian daripada ibadah aqiqah. Turut menjadi isu, cara mengeja 'Iduladha. Ada yang mengeja dengan Iduladha, Idiladha ada yang Aiduladha, Aidiladha ada pula 'Aiduladha, 'Aidilahda.

23 November 2009

Pengenalan kepada Ilmu Kalam (Bahagian 1)

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Asri oleh JAIS atas sebab memberi ceramah tanpa tauliah. Ura-ura yang saya dengar mengatakan beliau memang sudah lama diperhatikan kerana dengar kata, beliau cuba menyebarkan fahaman yang tidak selari dengan ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah.

Itu sekadar coretan pembukaan, saya menulis bukanlah untuk membela atau menyerang Dr. Asri tetapi sedikit sebanyak ingin mengupas soal tajuk yang saya utarakan sebagaimana yang di atas berdasarkan sedikit pengetahuan yang saya ada.

Apabila ada ura-ura mengatakan terdapat individu yang ditangkap kerana menyampaikan ajaran yang tidak selari dengan Ahli Sunnah wal Jamaah, persoalan yang timbul ialah, apakah itu Ahli Sunnah wal Jamaah? Apakah pentingnya seseorang itu perlu berpegang kepada Ahli Sunnah wal Jamaah? Apakah salah untuk berpegang dengan ajaran selain daripadanya? Apakah salah menyampaikan ajaran yang tidak selari dengan Ahli Sunnah wal Jamaah? Dari mana datangnya Ahli Sunnah wal Jamaah? Apakah nama ajaran selain daripada Ahli Sunnah wal Jamaah? Adakah ajaran lain semuanya sesat sehingga menyebabkan orang yang beralih daripada ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah boleh ditahan? Insyaallah persoalan ini akan dijawab dalam post ini.

18 November 2009

Terlebih Sayang Anak

Siapa tak sayang anak? Jawapannya orang-orang yang tidak bertanggungjawab lagi tidak berguna. Namun dalam pada sayang itu kita harus ingat. Setiap perkara itu perlu ada batasannya.
Padanlah orang tua-tua berkata, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak tangan-tangankan. Saya menyokong kewajaran peribahasa ini. Sebabnya, hasil anak-anak yang terlebih kasih sayang orang tua amat menyedihkan.

13 November 2009

Sampai Bila?

Setelah sekian lama blog ini tidak berisi dek kesibukan menghadapi peperiksaan akhir semester. Kini Sang Pendeta syfadh kembali dengan sebuah sajak lama yang dikarangnya bersama seorang teman yang namanya tidak perlu didedahkan di sini kerana ditakuti akan menimbulkan fitnah. Hayatilah dan nikmatilah seni dan cintanya.

28 October 2009

Ganyang Malaysia = Bantuan Gempa Bumi

Saya bersyukur kerana lahir di negara yang rakyatnya mempunyai pemikiran yang waras, bersifat pemaaf, rasional dan prihatin terhadap orang lain. Rakyat negara ini juga mempunyai daya ketahanan mental yang tinggi serta tidak mudah terngadah degan perkara remeh-temeh.

Ini bukan post untuk mengungkit atau membangga diri, bukan post perkauman dan bukan post untuk membalas dendam. Ini adalah post untuk membuka mata dan memberikan kesedaran. Buat mereka di seberang laut yang masih tidak sedar dengan keuntungan yang telah mereka perolehi dek kebaikan dan keprihatinan beserta sifat pemaaf rakyat Malaysia.

25 October 2009

Mempergunakan Sifat-sifat Allah

Seorang Muslim mempunyai kewajiban mempercayai bahawa Allah itu bersifat dengan sifat-sifat yang mulia lagi sempurna. Sifat-sifat Allah yang mulia ini (Asma ul-Husna) diceritakan sendiri oleh Allah di dalam kitab-Nya, Al-Qur'an juga melalui Rasul-Nya.

Namun bagi sesetengah pihak, sifat-sifat Allah ini merupakan suatu peluang untuk mereka membelakangkan hukum yang telah ditetapkan syara' lebih-lebih lagi apabila hukum itu kelihatan tidak adil dan kejam pada pemikiran mereka yang dangkal.

10 October 2009

Hukum Allah (Versi Sang Pendeta syfadh)

Saya menulis sebagai respon kepada tulisan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blog beliau yang bertajuk 'Hukum Allah'. Dalam tulisan beliau, beliau ada mengutarakan beberapa perkara yang memanggil saya untuk memberi komen saya yang tersendiri.

11. Soalnya apakah mungkin semua alim ulama benar-benar berpegang kepada hukum Allah apabila memberi pendapat atau membuat fatwa? Jika ya, kenapakah ajaran mereka tidak sama dan begitu bertentangan antara sesama mereka.

27 September 2009

Menggabungkan Puasa Qadha' dengan Puasa Sunat Syawal

Telah bersabda junjungan besar kita yang terutama, Muhammad Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam yang berbunyi:

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال كان كصيام الدهر
"Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari daripada Syawal maka yang demikian adalah seperti berpuasa sepanjang tahun"
[Riwayat Muslim]

Melihat kepada hadith di atas, Puasa Sunat Syawal @ Puasa Enam sememangnya membawa ganjaran yang besar daripada Allah.

19 September 2009

Sudilah Kiranya Memaaf & Melupakan

Bersempena dengan bulan Syawal ini, saya dengan besar hati mengucapkan selamat hari raya Idulfitri kepada semua. Disamping itu saya dengan rendah hati ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah saya lakukan sepanjang mengendalikan blog ini. Sudilah kiranya memaaf dan melupakan segala dosa saya terhadap anda.

Sambil kita bergembira merayakan hari raya, jangan sekali kita melupakan Allah. Peliharalah batas-batas agama dan tunaikanlah tuntutannya. Jangan berlebihan dalam bergembira dan beraya kerana Allah itu tidak suka kepada orang yang melampaui batas.

10 September 2009

Islam atas Nama, UMNO lwn PAS

Yang sebenarnya saya sudah penat membicarakan soal isu politik dan agama di Malaysia. Tetapi jika saya tidak berbicara tentangnya saya akan merasa sakit hati membaca tulisan-tulisan yang mana saya kira sebagai tidak wajar terutama di akhbar dan di blog-blog kenalan saya.

Kita mempunyai masalah besar kerana masyarakat kita bukannya tidak faham tetapi mereka tidak mahu faham. Masyarakat kita bukannya bodoh tetapi memperbodohkan diri mereka. Kebanyakan mereka begitu mudah sekali terpengaruh apabila seseorang itu kelihatan agak alim.

05 September 2009

Islam dalam pada Tidak Islam

Agak lama saya tidak mengirimkan post baru, ini kerana minda saya tidak berupaya menjana perkara yang menarik untuk dituliskan ditambah lagi dengan beberapa perkara lain menyebabkan blog ini tidak dikemaskini. Oleh itu, saya memohon maaf kepada para pembaca yang menunggukan post baru daripada saya.

Kali ini saya ingin berbicara soal senario hiburan moden hari ini. Ada segolongan orang yang kelihatan kononnya cuba untuk mendidik dan menerapkan nilai-nilai Islam ke dalam masyarakat. Malangnya mereka ini tidak lain hanyalah hipokrit yang mempergunakan agama untuk mencari kekayaan dunia.

23 August 2009

Siapa Lagi Setan?

Alhamdulillah sekali lagi kita dipanjangkan umur dan berpeluang berada dalam bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah ini. Bulan yang digambarkan oleh Rasulullah sebagai rahmat di awalnya, keampunan di tengahnya dan pelepasan daripada neraka di hujungnya. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang dirahmati, diampuni dan dilepaskan daripada api neraka.

Daripada Abu Hurairah katanya Rasulullah bersabda:


"Apabila tiba bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit, dikunci pintu neraka dan dibelengu semua syaitan"
[Riwayat Bukhari]

11 August 2009

Bagaimana Caranya Menutup Kesalahan Anda

Semalam saya mengikuti sesi bedah siasat @ post mortem bagi program yang telah saya jalankan bersama rakan-rakan saya. Adalah menjadi suatu kebiasaan apabila kita melakukan sesi bedah siasat kita akan menyatakan sama ada kelebihan, kelemahan, soalan atau penjelasan kepada masalah-masalah yang timbul sepanjang program berlangsung. Begitu jugalah apa yang berlaku semalam.

Sebagaimana yang kita maklum, adalah mustahil untuk menjalankan suatu program itu dengan sempurna 100% kerana pasti akan ada kesulitan atau masalah yang timbul meskipun sedikit dan masalah-masalah ini pula tidak timbul dengan sendirinya melainkan ada penyebabnya.

01 August 2009

Perasan

Saya selalu sengaja memerasankan diri dengan tujuan untuk bergurau bersama kawan-kawan saya. Saya sengaja kata yang saya ini baik hati, prihatin, penyayang, kacak dan lain-lain. Saya tidak berniat untuk mengatakannya dengan serius namun kadang-kala ada di antara mereka yang tidak puas hati, tetapi saya tidak peduli. Anda boleh kata saya mempunyai penyakit perasan saya tidak kesah.

Malangnya, ada golongan manusia yang mempunyai penyakit perasan yang serius sehingga menjerumuskan mereka ke arah kemaksiatan. Disebabkan penyakit mereka yang terlampau tersebut, mereka sanggup melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh syara'.

27 July 2009

Ulang Tahun Pertama

Alhamdulillah hari ini genaplah usia blog ini setahun. Sepanjang tempoh setahun yang lepas saya telah berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan penulisan yang sekurang-kurangnya dapat memberi secebis manfaat kepada para pembaca sekalian.

Sehingga ke hari ini saya telah menulis lebih 80 post yang terdiri daripada pelbagai bidang sama ada bidang keagamaan, politik, seni dan lain-lain yang kebanyakannya saya tulis dalam Bahasa Melayu meskipun terdapat beberapa post yang ditulis dalam bahasa lain. Ini kerana saya merasakan hanya melalui Bahasa Melayu saya dapat menterjemahkan segala kreativiti dan bermain dengan bahasa untuk menyampaikan maksud dalam bentuk tersurat mahupun tersirat.

16 July 2009

Khilaf@Perselisihan Pendapat (Bhgn 2)

Sabda Rasulullah:

"Khilaf@Perselisihan pendapat dalam kalangan umatku adalah suatu rahmat."

Melihat kepada hadith di atas, adalah agak pelik bagaimana perselisihan pendapat apatah lagi dalam bab agama yang biasanya menjadi sebab kepada perpecahan umat Islam boleh disebut sebagai suatu bentuk rahmat oleh baginda Rasulullah.

07 July 2009

Jawabku kepadamu Bulan

Semalam saya menonton filem Sepi yang mungkin bagi sesetengah orang agak ketinggalan kerana filem tersebut adalah filem yang agak lama. Walaubagaimanapun filem tersebut telah berjaya memberi inspirasi kepada saya untuk menghasilkan sebuah sajak setelah sekian lama saya tidak berkesempatan dan kekurangan buah fikiran untuk berkarya.

Antara isi kandungan sajak ini adalah berupa jawapan kepada beberapa persoalan yang diutarakan dalam filem tersebut dan dalam masa yang sama respon terhadap sajak yang juga terdapat dalam filem tersebut. Kepada para pembaca, hayatilah, nikmatilah dan fahamilah. Semoga memberi manfaat kepada anda sekali supaya hidup dalam dunia realiti.

03 July 2009

Kalau Bertanya Biarlah Padan

Soalan mempunyai banyak fungsi. Fungsinya yang paling utama adalah untuk mendapatkan maklumat atau jawapan. Kebanyakan orang merasakan ini sahaja fungsi soalan walhal soalan boleh digunakan untuk bertegur sapa atau bermesra, untuk menafikan sesuatu, memerli mahupun untuk menunjukkan kemarahan.

Contoh yang biasa dalam kalangan orang Melayu apabila melihat kenalan mereka sedang menyidai baju atau makan mereka akan berkata, "Sidai kain ke?" atau "tengah makan ke?". Adakah ini bermaksa orang yang bertanya mahukan jawapan atau sudah buta dan tidak dapat melihat sememangnya kenalannya itu sedang menyidai baju atau makan? Semestinya tidak, soalan tersebut adalah suatu bentuk sapaan atau cara untuk bermesra.

27 June 2009

Berbahagialah Kau, Mikael di samping Tuhanmu



Michael Jackson 1958 - 2009

"Semoga Allah sentiasa merahmati rohmu, Michael," Begitulah doa yang dipohonkan oleh abangnya Jermaine Jackson selepas mengumumkan kematiannya. Kematian Michael Jackson atau nama Islamnya Mikael mengejutkan seluruh dunia. Saya bersyukur kepada Allah kerana memberi hidayah kepada Mikael di hampir penghujung hayatnya sehingga membawa kepada pengislamannya pada November 2008.

Di sebalik kisah kontroversinya, Mikael amat terkenal dengan cintanya terhadap kanak-kanak. Beliau juga terkenal dengan perjuangannya mengajak manusia mengekalkan kesejahteraan bumi melalui lagu-lagu seperti We Are the World, Earth Song dan Heal the World. Sumbangan beliau yang paling besar adalah penyatuan orang kulit-putih dan kulit hitam melalui muziknya.

Semoga Allah merahmati roh beliau. Allahhummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu...

25 June 2009

Kerajaan Perpaduan 2

Amat mendukacitakan, itulah pandangan penulis terhadap keputusan yang dibuat oleh pakatan pembangkang terhadap idea Kerajaan Perpaduan. Baru sahaja Nik Aziz mula berlembut dengan kedegilannya (meskipun beliau rasa beliau beristiqomah), keputusan ini menjadi kata putus kepada pendirian pakatan pembangkang monolak cadangan Kerajaan Perpaduan meskipun orang mereka sendiri yang mencadangkannya.

Penulis turut berkongsi perasaan dan pandangan yang diutarakan oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria. Berikut adalah kata-kata beliau:

‘‘Saya sebenarnya amat berharap benda ini (kerajaan perpaduan) jadi (kenyataan) sebab saya sendiri memperjuangkan supaya masyarakat Melayu dan Islam ini bersatu."

‘‘Tapi saya kecewa. Mereka ini taksub kepada parti sehingga menganggap sesama mereka (dalam parti sendiri dan parti-parti Melayu lain) bukan bersaudara. Politik itu politiklah tapi persaudaraan Islam itu mestilah dijaga, maka haramlah memutuskan tali persaudaraan Islam itu.”

Penulis melihat penolakan kepada idea ini sebagai salah satu langkah yang mengekalkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu dan umat Islam sekaligus akan melambatkan proses penubuhan negara Islam di Malaysia.

Penulis sempat membuka laman sesawang Harakah Daily dan membaca artikel Pas tidak Pernah Langgar Janji, Tinggal Kawan. Berikut adalah antara kata-kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad yang dipetik daripada artikel tersebut:

"Ini merupakan kehebatan yang ada pada pimpinan PAS dalam menangani krisis yang mana pimpinan Umno perlu mempelajari apa yang ditunjukkan oleh pimpinan PAS dalam menghadapi isu yang begitu besar."

"PAS yang terkenal sebagai parti yang tidak pernah melanggar perjanjian sewaktu berkawan dengan mana-mana parti yang mengikat perjanjian bersama..."

Penulis tidak pernah melihat ini sebagai suatu kehebatan bahkan suatu kesilapan maha besar. Persoalan penulis adalah adakah semangat setiakawan terhadap orang kafir itu adalah lebih utama daripada semangat persaudaraan dalam Islam? Adakah semangat setiakawan terhadap orang kafir itu membolehkan seorang Islam berpaling daripada saudara seislamnya sendiri? Pernahkah Islam mengajar supaya kita mendahulukan orang kafir daripada saudara Islam kita sendiri?

Ada orang yang mendabik dada dan berbangga dengan merasakan keputusan ini sebagai suatu keputusan yang bijaksana. Sebaliknya penulis sependapat dengan Mufti Perak dengan melihat keputusan ini sebagai suatu keputusan yang memudarkan masa depan Islam di Malaysia.

Islam itu tidak tertubuh atas dasar perpecahan dan perbezaan. Islam menjadi kuat dengan sebab tolak ansur dan perpaduan.

21 June 2009

Khilaf@Perselisihan Pendapat (Bhgn 1)

Khilaf atau perselisihan pendapat adalah sesuatu yang biasa dalam semua bidang dan tidak terkecuali bidang agama. Maka dengan itu debat telah sekian lama menjadi salah-satu daripada cara yang berkesan dalam menyelesaikan perselisihan pendapat. Debat digunakan sebagai jalan untuk mencari kebenaran, memperbetulkan kesilapan dan berkongsi pandangan. Debat yang sebenar sepatutnya berakhir dengan jalan damai sama ada salah satu pihak adalah benar dan pihak yang satu lagi salah atau kedua-dua pihak adalah benar.

Malangnya, terdapat sesetengah golongan yang merasakan dirinya terlebih hebat dan terlebih benar sehingga sanggup menghukum mereka yang tidak sependapat dengan mereka sebagai bodoh, tidak cukup ilmu, songsang dan sesat. Hal sebegini biasa berlaku terutamannya dalam perselisihan pendapat tentang hal-hal keagamaan. Mereka yang merasakan diri mereka sudah terlalu hebat dalam agama, tidak dapat menerima hakikat yang orang lain tidak bersetuju dengan pendapat mereka lantas dengan sewenang-wenangnya memberi tohmahan dan hinaan kepada orang lain tanpa usul-periksa.

Contoh mudah yang dapat saya berikan di sini adalah berkaitan peristiwa yang menimpa Imam Syafie Rahimahullah. Beliau tidak menerima Istihsan sebagai salah-satu daripada sumber hukum kerana khuatir Istihsan akan membuka jalan kepada nafsu manusia untuk menggubal hukum sesuka hati yang mana akan membawa kerosakan maha besar terhadap agama. Dengan itu Imam Syafie berkata barangsiapa yang mengamalkan Istihan, mereka seolah-olah telah mencipta suatu syariat baru.

Tatkala mendengar perkataan Iman Syafie, pengikut yang fanatik terhadap Imam Hanafi menjadi berang. Sebabnya, Imam Abu Hanifah ketika hidupnya mengiktiraf Istihsan sebagai salah-satu sumber perundangan Islam. Pengikut Imam Abu Hanifah yang taksub ini pun mengambil langkah membalas kata-kata Imam Syafie tersebut dengan cara menyebarkan tohmahan dan fitnah bahawa Imam Syafie adalah orang yang songsang dan sesat.

Sebenarnya, Imam Syafie tidak bermaksud untuk mengatakan Imam Hanafi sebagai sesat. Apa yang ingin dimaksudkan oleh Imam Syafie itu adalah bagi orang yang tidak berpengetahuan agama dan bukan ahli dalam penggunaan Istihsan sekiranya menggunakan Istihsan seolah-olah mencipta suatu syariat baru.

Malangnya, mereka yang taksub terhadap Imam Hanafi melebihkan emosi mereka daripada ilmu dan adab dalam berselisih faham sanggup menghukum Imam Syafie sebagai sesat. Ramai lagi sarjana-sarjana Islam yang telah menerima nasib yang sama. Antaranya Ibn Taimiyyah, Begitulah buruknya sikap mereka yang merasakan diri mereka terlebih hebat dalam beragama.

Contoh lain berlaku kepada Imam Ahmad Bin Hanbal Rahimahullah. Beliau tidak sependapat dengan ajaran Mu'tazilah yang mengatakan Al-Qur'an itu sebagai makhluk. Lantas kerajaan yang pada ketika itu dikuasai oleh fahaman Mu'tazilah telah menangkap Imam Ahmad dan menghumbannya ke penjara. Imam Ahmad yang tetap pendirian enggan untuk menurut pandangan Mu'tazilah tersebut menyebabkannya telah dipenjara selama bertahun-tahun.

Bukan itu sahaja, ramai lagi sarjana Islam termasuklah para sahabat nabi sendiri yang telah menerima nasib yang serupa yakni dihina, ditohmah dan difitnah kerana tidak sependapat dengan mereka yang lain. Mereka yang bermazhab A mengkafirkan dan menghukum mereka yang bermazhab lain daripada mereka sebagai sesat dan begitu juga sebaliknya. Begitulah buruknya sikap orang yang tidak tahu adab berselisih faham. Mereka merasakan hanya diri mereka yang benar dan orang lain semuanya sesat dan salah. Mereka ini sebenarnya tidak layak digelar ilmuan. Tohmahan dan hinaan mereka tidak lain hanyalah sampah. Mereka menghukum orang lain sebagai sesat tetapi tidak sedar kedudukan mereka sendiri. Kasihan mereka.

Bersambung...

13 June 2009

Kerajaan Perpaduan

Saya tidak faham dengan cadangan Kerajaan Perpaduan yang diutarakan oleh Presiden PAS. Apakah yang dimaksudkan dengan Kerajaan Perpaduan? Adakah ini bermakna PAS bersedia bekerjasama dengan Barisan Nasional dalam membentuk kerajaan? Bagimana pula dengan kedudukan PAS dalam Pakatan Pembangkang? Apa mungkin PAS akan menjadi salah-satu anggota BN? Semuanya kurang jelas.

Walaubagaimana pun saya melihat idea ini sebagai idea yang bernas. Meskipun strukturnya kurang jelas, cadangan ini saya lihat dapat membawa faedah yang banyak terutama kepada orang-orang Islam di negara ini.

Antara faedahnya adalah mempermudah proses merealisasikan perjuangan PAS dan impian orang Islam dalam menubuhkan negara yang mengamalkan Islam secara menyeluruh. Saya merasa pelik terdapat pemimpin PAS yang tidak bersetuju dengan cadangan ini. Adakah mereka rasa mereka boleh mendapatkan Islam daripada DAP? Apakah mereka lebih gemar bekerjasama dengan orang-orang kafir yang terang-terangan menolak Islam berbanding dengan orang Islam yang menginginkan Islam?

Selain itu, cadangan ini dapat mengamankan atau menyatu-padukan kembali Umat Islam di Malaysia yang telah lama berpecah dek kerana perbezaan fahaman politik. Adakah pemimpin PAS yang menentang cadangan ini tidak mahu melihat Umat Islam di negara ini kembali berpadu sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah. Perpaduan juga secara tidak langsung dapat menghapuskan amalan kafir-mengkafir antara satu sama lain dengan hanya sebab perbezaan fahaman politik yang mana sangat dimurkai oleh Allah.

Saya tidak dapat melihat apa rasionalnya untuk idea ini ditolak. Bagi saya idea ini adalah idea yang baik.

08 June 2009

Ahlul Bait, Syed dan Sharifah 2

Penulis tertarik untuk membangkitkan kembali isu ini memandangkan penulis telah menerima respon yang agak menarik walaupun berupa kecaman terhadap penulisan penulis bahkan ada juga yang cuba mencederakan kredibiliti penulis dan cuba menuduh penulis menyebarkan fahaman yang sesat.

Penulis telah mengulang-ulang banyak kali di dalam penulisan penulis yang bahawasanya orang yang bijaksana itu adalah orang yang membaca dengan akal yang waras dan bukannya emosi semata-mata.

Isu yang penulis ingin bangkitkan di sini adalah lebih khusus mengenai perkahwinan Syed dan Sharifah memandangkan ada yang tidak berpuas hati dengan penulisan penulis sebelum ini. Ini adalah sebagai sampingan kepada jawapan yang telah penulis sertakan dalam post bertajuk sama yang lalu.

Jika dibaca dengan teliti dan dengan akal yang waras, penulis tidak pernah sama-sekali mengharamkan mahupun melarang perkahwinan antara Syed dan Sharifah. Sebaliknya penulis mengecam tindakan segolongan mereka yang berketurunan Syed dan Sharifah yang melarang keras perkahwinan mereka dengan golongan yang bukan Syed atau Sharifah seolah-olah ini adalah suatu larangan yang ditetapkan oleh syara'.

Golongan ibu bapa sanggup melihat anak mereka merana dikahwinkan dengan paksa dan bukannya dengan pilihan hati mereka walaupun pilihan mereka itu juga adalah pilihan yang agak baik semata-mata untuk menegakkan pendirian mereka yang tersebut. Kononnya mereka terasa lebih mulia berbanding dengan orang yang bukan Syed atau Sharifah.

Ada juga yang cuba menghentam penulis dengan alasan kufu yang ditetapkan oleh Shariah dalam perkahwinan. Penulis bawakan hujah yang menyokong pendapat mereka di sini. Sungguhpun begitu hujahan ini tidak pula mengatakan yang perkahwinan Syed dan Sharifah dengan mereka yang bukan seketurunan dengan mereka itu adalah haram dan tidak sah. Hujah di sini menyatakan yang wali berkuasa menghalang perkahwinan mereka dengan alasan kufu tetapi jika perkahwinan mereka itu mampu menghalang keburukan maka sah perkahwinan walaupun dinikahkan dengan wali hakim.

Dan lagi, soal kufu ini wujud apabila Sharifah ingin berkahwin dengan bukan Syed dan bukannya Syed ingin berkahwin dengan bukan Sharifah. Maka mengapa terdapat juga tentangan yang menghalang seorang Syed daripada berkahwin dengan bukan Sharifah? Apa pula alasan untuk merasionalkan tindakan ini?

Apa yang penulis cuba tekankan adalah penulis amat tidak bersetuju dengan perbuatan membeza-bezakan antara keturunan Syed dan Sharifah dengan yang bukan Syed dan Sharifah melalui jalan menghalang perkahwinan antara keduanya. Ini berikutan ketaksuban terhadap keturunan ini bukanlah salah-satu ajaran yang dibawa oleh Rasulullah.

Alasan untuk mengatakan perkahwinan antara Syed dan Sharifah dengan mereka yang bukan seketurunan dengan mereka tidak sah di sisi agama tidak terguna pakai di sini memandangkan memandangkan perkahwinan tersebut sah dengan kerelaan wanita itu sendiri dan keizinan wali.

Penulis dapat merasakan ada mereka yang cuba mencederakan kredibiliti penulis demi menegakkan tradisi yang diamalkan oleh keturunan mereka. Penulis sendiri adalah berketurunan Syed jadi tidak perlu dibimbangkan kerana penulis tiada niat langsung untuk mencemar kehormatan ahli bait tetapi sekadar mengkritik amalan taksub keterlaluan terhadap keturunan.

Jadi kesimpulannya di sini penulis berharap agar di masa-masa yang akan datang para pembaca sekali akan lebih berakal ketika membaca penulisan penulis supaya apa yang ingin disampaikan adalah jelas dan terang dan bukan disalahertikan sehingga membawa kepada perbuatan yang cuba menuduh penulis menyebarkan ajaran sesat. Sesungguhnya tuduhan itu amatlah berat dan tidak dapat ditanggung oleh penulis.

Sesungguhnya Allah itu menjadi saksi yang penulis tidak mempunyai sebarang niat untuk menjatuhkan kehormatan ahli bait apatah lagi menyebarkan ajaran sesat. Sekali lagi penulis akan menerangkan maksud penulis adalah tidak bersetuju dengan amalan taksub kepada keturunan ahli bait dan amalan seolah-olah mengharamkan perkahwinan antara Syed dan Sharifah dengan mereka yang tidak seketurunan dengan mereka seakan-akan ini adalah suatu larangan yang ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya.

03 June 2009

Pernahkah Anda Terfikir?

Kita sebagai umat Islam mendakwa tuhan kita, Allah sebagai satu-satunya tuhan yang wujud dan layak disembah. Pernahkah anda terfikir? Mereka yang menganut agama lain juga mendakwa perkara yang sama yakni tuhan mereka sahaja yang layak disembah.

Kita sebagai umat Islam mendakwa agama kita, Islam sebagai satu-satunya agama yang benar. Pernahkah anda terfikir? Mereka yang menganut agama lain juga mendakwa perkara yang sama.

Kita sebagai umat Islam mendakwa hanya mereka yang seagama dengan kita sahaja yang akan masuk syurga. Pernahkah anda terfikir? Mereka yang beragama lain juga mendakwa hanya golongan yang seagama dengan mereka sahaja yang akan masuk syurga.

Jadi dengan dua bentuk dakwaan yang berbeza seperti ini, bagaimana dapat kita mengenalpasti yang mana satu yang benar? Tuhan manakah yang benar? Agama manakah yang benar? Jawapan daripada saya adalah sebagaimana yang berikut:

Tuhan yang benar itu adalah tuhan yang menciptakan agama yang benar. Agama yang benar itu adalah agama yang mengandungi ajaran yang benar. Ajaran yang benar itu adalah ajaran yang menepati fitrah mereka yang dimaksudkan untuk mengamalkan ajaran tersebut.

Logiknya, tuhan yang sebenar itu adalah pencipta segala sesuatu daripada tiada, sekaligus menjadikan-Nya maha arif dengan ciptaan-Nya. Justeru, tuhan yang benar itu semestinya menjadikn suatu agama yang menepati fitrah kejadian makhluk-Nya supaya ajaran agama tersebut dapat diamalkan.

Lihatlah ke dalam Islam, nescaya tidak akan anda temui satu perkara pun yang bertentangan dengan fitrah manusia. Tidak seperti agama lain, contohnya, agama Budha melihat kehidupan itu seluruhnya sebagai suatu penderitaan semata-mata maka diajarkan kepada penganutnya untuk meninggalkan kehidupan dunia dan berbakti sepenuhnya kepada kehidupan selepas mati dengan bermeditasi dan bertapa. Sami-sami Budha pun dilarang berkahwin dan ada sesetengah yang mengasi diri (memotong kemaluan). Islam tidak sebegini, Islam menyuruh penganutnya berusaha menikmati hidup dunia dan dalam pada masa yang sama bersedia untuk akhirat kerana Islam tahu fitrah manusia itu mahu akan kesenangan dan keselesaan hidup.

Agama Hindu pula mengajarkan penganutnya supaya membuat pengorbanan dengan menyakitkan diri sendiri kononnya untuk menyucikan diri daripada dosa atau membayar nazar. Lihat saja setiap kali perayaan Thaipusam, orang Hindu mencocok tubuh mereka dengan besi-besi tajam. Lihat juga upacara pembersihan dosa sebagaimana dalam post ‘Sungai Gangga’. Islam tidak mengajar perkara ini, Islam mengajar penyucian dosa itu dilakukan dengan taubat yakni penyesalan terhadap perbuatan buruk yang telah dilakukan, meminta ampun dengan tekad untuk tidak mengulanginya lagi.

Lihat pula agama Kristian dengan kepercayaan Trinitinya. Entah bagaimana tiga entiti berbeza boleh wujud sebagai satu tuhan. Bayangkan bagaimana tuhan yang dipercayai oleh orang-orang Kristian menghinakan diri menjelma sebagaimana rupa ciptaannya untuk tujuan kononnya membersihkan dosa manusia sejagat. Jika benar Jesus itu adalah tuhan, dia tidak perlu disalib untuk membersihkan dosa manusia, dia cuma perlu kata "jadi" maka akan jadilah perkara yang dikehendaki itu kerana tuhan itu mempunyai kekuasaan ke atas segala sesuatu.

Tidak cukup dengan itu, bagaimana seorang paderi boleh memaafkan dosa seorang yang lain hanya dengan bayaran sejumlah duit? Kalau ini benar maka manusia boleh membuat sebanyak mana kerosakan, kemusanahan dan kezaliman yang mereka suka kerana mereka mampu memperoleh keampunan dengan mudah iaitu hanya dengan berjumpa paderi, mengakui kesalahan dan membayar sejumlah wang.

Lihat pula penganut agama Yahudi yang mendakwa diri mereka sebagai umat pilihan tuhan. Demi menakluki Palestin yang mereka dakwa sebagai tanah yang dijanjikan buat mereka oleh tuhan, mereka sanggup membunuh ratusan ribu nyawa. Mereka bersikap dengan sifat kebinatangan dan tidak berperikemanusiaan. Islam tidak pernah mengajar penganutnya bermusuhan atau berperang dengan penganut agama lain. Malahan Islam mengajar penganutnya supaya berbuat baik dan menyebarkan dakwah secara berhikmah.

Kesimpulannya, kebenaran itu adalah mudah untuk dikenalpasti jika kita menggunakan akal yang waras dan hati yang terbuka dalam menerima kebenaran tersebut. Malangnya, terdapat ramai orang yang mengetahui kebenaran tetapi sengaja tidak mahu menerimanya. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka.

26 May 2009

Politik Itu Fitnah

Ketika saya menghantar post video Nizar dan pendiriannya berhubung dengan negara Islam, saya telah ditempelak oleh beberapa orang pembaca kerana kononnya saya ini cuba menyebar fitnah dan menjadi batu api kepada masyarakat kerana menyebarkan video yang bagi mereka tidak pasti kesahihannya.

Dua hari lepas saya melayari Harakah di internet dan membaca artikel ini, Keputusan Mahkamah Satu Skrip dan Matinya Demokrasi. Senang cerita, artikel ini ingin mengatakan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Dr. Zambry selaku Menteri Besar Perak sekaligus membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi adalah keputusan yang dirancang. Alasannya adalah seperi berikut:

"Keputusan ini sangat pelik kerana ia telah bocor dahulu, seluruh media BN telah menanti hanya untuk umumkan sahaja, satu lagi tanda sebelum keputusan dibuat ramai Adun dan pemimpin BN hadir, tak macam semasa keputusan di Mahkamah Tinggi"

Adakah yang sebab ini adalah sebab yang menghalalkan kita mengatakan hakim-hakim tersebut telah berkomplot untuk memberi keputusan yang memihak kepada BN? Untuk makluman, kata-kata ini disalin secara terus daripada Harakah kerana takut-takut nanti ada pentaksub yang kata saya cuba reka cerita.

Tidak cukup dengan itu, ada pulak ura-ura nak menghasut rakyat supaya mogok lapar yang mana ditempelak oleh Mufti Perak.

Saya sudah kata dalam post yang lepas (Pukul Rusuk Politik), orang-orang yang kemarok kuasa memang begini. Bila kita menang kita katalah kita yang baik bila kita kalah kita kata orang lain main kotor. Kalau sudah tidak percaya pada sistem mahkamah, mengapa merujuk perkara tersebut ke mahkamah sejak dari awal lagi? Bila keputusan memihak kepada kita kita kata itu keputusan yang benar dan bila kita kalah kita kata keputusan itu telah dirancang. Sungguh jijik permainan ini.

Siapa yang menyebar fitnah dan siapa yang menjadi batu api? Anda yang membaca dengan akal yang waras boleh tentukan sendiri. Sekarang saya menantikan orang-orang yang menempelak saya berkaitan dengan video Nizar untuk memberi komen mereka berkaitan dengan fitnah ini.

Tunjukkanlah diri jika kamu dalam kalangan orang yang benar.

24 May 2009

Lawyers are Liers, Benarkah?


Rabu yang lepas, saya ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta untuk melengkapkan tugasan yang diarahkan oleh pensyarah saya. Saya dan ahli kumpulan saya mengikuti perbicaaran seorang rakyat Indonesia yang dibiacarakan kerana mengedar dadah yang mana jika sabit kesalahan membawa hukuman gantung.

Selepas perbicaraan ditangguhkan kami sempat menemuramah kedua-dua pendakwaraya dan peguambela. Tetapi apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah temuramah kami bersama peguambela.

Saya bertanya kepada peguambela tersebut, "Sebenarnya adakah peguambela yang membela tertuduh tahu sama ada si teruduh bersalah melakukan jenayah atau tidak?". Peguambela tersebut menjawab, "Si tertuduh mesti berkata benar kepada peguambela, sudah tentu kami tahu dia bersalah atau tidak".

Saya meneruskan soalan, "Jadi kalau peguambela tahu si tertuduh bersalah, mengapa tetap mahu membela mereka?". Soalan ini telah menyebabkan si peguambela naik angin. Katanya undang-undang adalah berkaitan dengan undang-undang tidak berkaitan dengan soal moral. Saya bertanya lagi, "Jadi bagaimana dengan pegangan dari sudut agama?". Peguambela tersebut tambah meradang. Katanya, "Kalau hendak cakap soal moral dan agama jangan jadi peguam jadi ustaz senang cerita baca doa selamat, amin".

Katanya lagi, "kadang-kala si tertuduh berada di tempat yang salah dan pada masa yang salah, tugas peguam adalah untuk membela tertuduh, bersalah atau tidak terpulang kepada hakim untuk memutuskannya."

Bagi saya memang benar katanya kadang-kala si tertuduh berada dalam keadaan terpaksa, tidak sengaja atau teraniaya. Bagi situasi begini adalah munasabah bagi peguambela untuk membela si tertuduh. Walaubagaimanapun jika sememangnya jelas memang si tertuduh melakukan kesalahan atau jenayah dengan sengaja adalah tidak bermoral dan bertentangan dengan agama untuk membela si tertuduh. Perkara ini biasa dilakukan oleh peguam-peguam yang mata duitan tanpa memikirkan agama serta akibat perbuatan mereka terhadap masyarakat.

Alasan yang kononnya tugas peguam hanya untuk membela dan hakim yang akan memutuskannya adalah tidak munasabah kerana jika peguam tidak membela orang-orang yang memang nyata bersalah sudah tentu hakim tidak akan memutuskan tertuduh tidak bersalah kerana hakim juga manusia biasa yang terpengaruh dengan kata-kata peguam. Bayangkan dengan sebab kegilaan dan kerakusan peguam terhadap wang dan kemasyhuran betapa banyak pesalah dan penjenayah terlepas daripada hukuman dan terus menerus melakukan kesilapan dan jenayah sedangkan peguam yang membelanya tahu yang dia sebenarnya bersalah.

Peguambela tersebut bagi saya telah terlalu terpengaruh dengan ajaran sekular yang mengasingkan agama dengan kehidupan sedangkan Islam itu meluputi semua aspek kehidupan. Dia mungkin arif dalam bidang undang-undang kafir tetapi amat jahil dalam bidang agama kerana menganggap kerja seorang ustaz itu hanyalah untuk membaca doa. Sayang sekali dia tidak menyedari yang ilmunya tentang undang-undang kafir tersebut hanya akan membawa kesenangan di dunia sahaja sedangkan dia akan disoal oleh Allah kerana berhukum dengan hukum selain daripada apa yang diwahyukan oleh Allah.

Membela seorang yang telah jelas bersalah itu semata-mata kerana wang dan kemasyhuran dalah perbuatan menempah neraka Allah. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka.

16 May 2009

Guru

Sepanjang hayat saya yang kini hampir mencecah 20 tahun, saya telah belajar bersama terlalu banyak guru baik daripada yang lebih tua, yang sebaya dengan saya mahupun yang lebih muda. Melalui merekalah saya belajar mengenal tuhan, mengenakan diri sendiri dan seterusnya berupaya meneruskan kehidupan sehingga ke hari ini. Justeru, di sini saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua guru-guru saya di atas jasa mereka yang tidak terbalas. Semoga Allah merahmati mereka dan mengurniakan ganjaran yang setimpal dengan budi baik mereka.

Sepanjang tempoh itu jugalah saya telah menemui pelbagai jenis guru. Yang terbaik dalam kalangan mereka adalah guru yang memiliki komitmen yang tinggi dalam mendidik pelajar. Mereka mengajar sehingga pelajar benar-benar faham dengan apa yang diajarkan. Mereka bersedia melayan semua soalan yang dikemukakan oleh pelajar. Mereka bersedia mengajar meskipun di luar kelas dan bukan dalam waktu persekolahan. Mereka mengajar pelajar nilai-nilai kehidupan dan bukannya sekadar tertumpu pada sukatan matapelajaran sahaja. Inilah perwatakan guru yang sejati.

Sebaliknya ada di antara mereka yang mengajar sekadar untuk mendapatkan duit, sekadar melepaskan batuk di tangga. Mereka hanya melayan pelajar dalam waktu kelas sahaja dan menerangkan sekadar apa yang terdapat dalam sukatan pelajaran sahaja. Mereka tidak peduli sama ada pelajar faham atau tidak apa yang disampaikan asalkan mereka sudah mengajarkan mata pelajaran tersebut.

Setelah melangkah ke alam universiti, saya dapati terdapat sesetengah pensyarah (bukan semua) yang lebih cenderung dengan sikap yang kedua. Kononnya ada fahaman bodoh lagi karut yang mengatakan tugas pensyarah adalah untuk memberi syarahan dalam kelas dan persoalan sama ada pelajar faham atau tidak terpulang kepada pelajar itu sendiri.

Fahaman seterusnya ialah pensyarah hanya bertanggungjawab mengajar apa yang terdapat dalam sukatan matapelajaran sahaja dan selebihnya adalah tertakluk kepada pelajar itu sendiri. Maka ada di antara mereka yang sekadar menayangkan slide-slide yang berisi maklumat mata pelajaran dan membacakan apa yang tertulis di atasnya tanpa mengambil kira sama ada pelajar faham ataupun tidak.

Jika fahaman bodoh ini benar, maka sia-sialah pelajar membayar puluhan ribu ringgit untuk ke universiti. Sia-sia sahaja pensyarah memiliki PhD dan dibayar ribuan ringgit jika peranannya hanya untuk membacakan slaid. Sia-sialah ilmu yang dimiliki oleh pensyarah kerana tidak dikongsi kepada oleh lain dan kemudiannya akan lenyap apabila pensyarah tersebut dihantar ke kubur. Dengan sebab pengaruh fahaman bodoh ini jugalah pelajar universiti di Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan yang terhad kerana mereka hanya diajar dengan apa yang terdapat dalam sukatan matapelajaran sahaja.

Pada pendapat saya, sekiranya fahaman ini tetap ingin ditegakkan, lebih baik kita ambil seorang budak tadika sebagai pensyarah kerana bayarannya lebih murah berbanding seorang pemegang Phd kalu tugas pensyarah itu sekadar membacakan slide kerana kemahiran tersebut juga dimiliki oleh kanak-kanak tadika.

10 May 2009

Inikah Perjuangan Anda Wahai Pentaksub Nizar?


Minggu lepas saya melawat ke bilik rakan saya yang kemudiannya mempertontonkan video di atas kepada saya. Saya merasa terkejut besar selepas melihat video tersebut.

Entah berapa ramai orang yang telah diperbodohkan oleh makhluk ini. Kebanyakan orang Islam terutama rakyat Perak menyangka yang mereka menyokong makhluk ini kerana makhluk ini akan berjuang bagi pihak mereka untuk merealisasikan kewujudan negara Islam. Malangnya makhluk ini telah menipu banyak orang.

Saya percaya inilah akibatnya apabila kita bersekongkol dengan orang kafir dan dalam pada masa yang sama kemarok kuasa. Demi kepentingan menjaga jawatan yang kita pegang dan demi menjaga hati sekutu-sekutu kafir kita, kita rela membelakangkan Islam dan hasrat rakyat yang memilih kita.

Saya tidak mahu menyalahkan PAS kerana ini barangkali bukan kehendak PAS. Bermungkin besar makhluk ini telah mengkhianati perjuangan PAS. Saya mengharapkan tiada lagi orang Islam yang menyokong makhluk ini selepas ini. Tetapi saya yakin penyokong-penyokong taksub makhluk ini akan tetap membabi buta menyokong makhluk ini kerana mata dan hati mereka telah dibutakan oleh ketaksuban mereka. Tidak cukup dengan itu mereka akan mencari-cari alasan yang kelihatan munasabah untuk membela makhluk yang mereka taksubi itu. Kasihan benar dengan orang-orang yang taksub sebabnya, mereka bodoh.

07 May 2009

Kejahilan di Hari Jumaat

Solat Jumaat itu hukumnya wajib ke atas setiap Muslim tetapi tidak pula kepada muslimah dengan ijma' (kesepakatan) ulama'. Saya yakin rata-rata sudah sedia maklum dengan hukum ini justeru saya ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu berkenaan dengan solat Jumaat sebagai panduan kepada diri saya sendiri juga setiap lelaki muslim supaya mereka tidak sekadar melakukan ibadah secara membabi buta.

Di sini saya senaraikan kesalahan yang sering dilakukan pada hari Jumaat samaada dengan sebab kejahilan ilmu agama atau mungkin dengan sebab sengaja memperlekeh solat Jumaat. Yang peliknya ada di antara mereka yang kelihatan kononnya hebat sangat ilmu agama tetapi tetap melakukan kesalahan sama. Ketahuilah bagi mereka yang jahil itu tanggungjawab untuk mempelajari ilmu agama manakala bagi mereka yang sedia tahu itu hendaklah mengamalkannya kerana sesungguhnya mengabai atau memperlekehkan ibadah itu ialah suatu perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah.

Saya tidak ingin meredhakan perbuatan sebahagian daripada kenalan saya yang begitu liat untuk mengerjakan solat Jumaat. Entah apa sebabnya penderhaka-penderhaka ini begitu asyik dan senang hati sekali menderhakai perintah Allah walhal solat Jumaat itu hanyalah sekali seminggu dan kebanyakannya tidak sampai pun sejam. Tidak hadir menunaikan solat Jumaat itu merupakan suatu kesalahan besar di sisi agama sebagimana sabda Rasulullah:

عن عبد الله ابن عمر وأبي هريرة حدثاه أنهما سمعا رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول على أعواد منبره: "لينتهين أقوام عن ودعهم الجمعات أو ليختمن الله على قلوبهم ثم ليكونن من الغافلين"

Daripada Abdillah Ibni Umar dan Abi Hurairah, kedua-duanya mendengar Rasulullah bersabda tatkala baginda berkhutbah di atas mimbarnya: “Hendaklah dihentikan perbuatan kaum yang suka meninggalkan solat Jumaat kerana barangsiapa yang meninggalkannya nescaya Allah akan menutup hati-hati mereka kemudian jadilah mereka dalam kalangan orang-orang yang lalai”
[Riwayat Bukhari]

Kedua, ramai orang yang sengaja berlengah atau datang lambat ke masjid. Ada kenalan saya yang kononya sibuk benar kehulu-hilir memperjuangkan Islam dan negara Islam katanya tetapi masih di depan komputer bermain permainan video sedangkan azan sedang berkumandang. Mungkin cara in pada hemat dia boleh menegakkan Islam barangkali.

Antara sebabnya ialah mereka malas untuk mendengar khutbah. Entah syaitan apa yang menempel di telinga mereka sehingga membuatkan mereka tidak mahu mendengar ajaran agama. Atau mungkin bukan salah syaitan, barangkali mereka sendirilah syaitan yang bertopengkan manusia kerana syaitan memang tidak suka mendengar ajaran-ajaran agama.

Ada juga yang mengambil alih tugas syaitan untuk menghasut orang lain supaya datang lewat katanya masih awal lagi sedangkan azan zohor sudahpun berkumandang. Saya percaya golongan seperti ini mendapat tabik hormat dan kedudukan yang tinggi di sisi syaitan.

Ketahuilah sesungguhnya mereka yang datang awal ke masjid pada hari Jumaat mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah sebagaimana firman Allah:

"Wahai orang-oran yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat Jumaat maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu adalah jauh lebih baik sekiranya kamu mengetahui"
[Surah al-Jumu'ah: 9]

Sabda Rasulullah:

عن أبي هريرة، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: "من اغسل يوم الجمعة غسل لاجنابة ثم راح فكأنما قرب بدنة ومن راح في الساعة الثانية فكأنما قرب بقرة ومن راح في الساعة الثالثة فكأنما قرب كبشا أقرن ومن راح في الساعة الرابعة فكأنما قرب دجاجة ومن راح في الساعة الخامسة فكأنما قرب بيضة فاذا خرج الامام حضرت الملائكة يستمعون الذكر"

Daripada Abi Hurairah, katanya Rasulullah bersabda: “Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat seperti mandi junub dan kemudian berpagi-pagi pergi ke masjid maka ganjarannya seolah-olah ganjaran berkorban seekor unta gemuk, barangsiapa yang pergi pada jam kedua, maka ganjarannya seperti ganjaran berkorban seekor sapi, barangsiapa yang pergi pada jam ketiga maka pahalanya sebagaimana berkorban seekor kibas, mereka yang pergi pada jam yang keempat seolah-olah berkorban seekor ayam dan mereka yang pergi pada jam kelima seolah-olah berkorban sebiji telur. Apabila keluar imam untuk memberi khutbah, hadirlah malaikat untuk mendengarnya”
[Riwayat Bukhari]

Ketiga, berjual-beli sedangkan Khatib sudah mula berkhutbah. Perbuatan ini sangat lazim terutama di masjid-masjid yang mempunyai bazar pada hari Jumaat. Ada yang masih sempat makan cendol dan nasi lemak sedangkan khatib sedang membaca khutbah. Barangkali dia sudah kebulur sangat sehinggakan tidak lagi mampu menunggu sehingga selesai solat jumaat. Allah menempelak perbuatan sebegini dalam firmannya ayat 11 Surah Jumu'ah yang sebab nuzulnya seperti berikut:

عن جابر بن عبد الله قال أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يخطب قائما يوم الجمعة فجاءت عير من الشام فانفتل الناس اليها حتى لم يبق إلا اثنا عشر رجلا فأنزلت هذه الأية
:

Daripada Jabir bin Abdillah katanya ketika Rasulullah sedang berkhutbah pada hari Jumaat, tiba-tiba sampai kafilah membawa dagangan daripada Syam maka mereka yang tadi mendengar khutbah pun menuju ke pada kafilah dagang itu hingga yang tinggal hanyala 12 orang maka turunlah ayat:

"Dan apabila mereka melihat perniagaan atau permainan mereka menuju kepadanya dan meninggalkan kamu yang sedang berkhutbah, katakanlah sesungguhnya apa yang di sisi Allah itu jauh lebih baik daripada permainan dan peniagaan dan sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik pemberi rezki"
[Surah al-Jumu'ah: 11]

Seterusnya, bercakap atau berborak ketika khatib sedang berhutbah. Perbuatan ini menjadikan amalan solat Jumaat sebagai sia-sia sebagaimana sabda Rasulullah:

عن أبي هريرة أخبره أن رسول الله قال إذا قلت لصحابك أنصت يوم الجمعة والامام يخطب فقد لغوت

Daripada Abu Hurairah katanya Rasulullah bersabda: "Sekiranya kamu berkata kepada kawanmu 'Diamlah !' sedangkan imam sedang berkhutbah maka sia-sialah (pahala Jumaat)"

Akhir sekali, tidak menunaikan solat sunat sedangkan solat tersebut dituntut dan digalakkan oleh Rasulullah. sabda baginda:

عن جابر بن عبد الله قال، بينا النبي صلى الله عليه وسلم يخطب يوم الجمعة أذ جاء رجل فقال له النبي صلى الله عليه وسلم "أصليت يا فلان؟" قال لا، قال "قم فاركع"

Daripada Jabir bin Abdillah, ketika Rasulullah sedang berkhutbah Jumaat, dating seorang lelaki lalu dia duduk maka Rasulullah bersabda: “Sudahkah engkau solat?” Jawabnya: “Belum” Bersabda Rasul: “Berdirilah engkau dan solatlah”.
[Riwayat Bukhari]

Semoga dengan peringatan ini dapat kiranya memberi panduan kepada para pembaca sekalian. Diharapkan sesudah membaca post ini dapatlah kiranya anda berubah daripada seorang penderhaka agama atau orang yang memperlekehkan ibadah kepada orang yang lebih bertaqwa kepada Allah.

29 April 2009

Sungai Gangga

Beberapa hari yang lepas sya menerima email daripada kakak saya yang mengandungi gambar-gambar yang diambil di Sungai Gangga, sungai yang didakwa sebagai suci oleh penganut agama Hindu. Pelbagai upacara keagaaman diadakan di sana sama ada di dalam sungai mahupun di tebing sungai termasuk upacara pembersihan dosa. Penganut agama Hindu percaya yang mereka dapat membersihkan diri daripada dosa dengan hanya mandi di dalam sungai ini.


Meskipun perbuatan mandi itu kedengaran amat mudah untuk dilakukan, saya amat pasti anda akan berfikir beribu kali untuk mandi di sungai Gangga kerana sungai Gangga turut digunakan sebagai tempat membuang abu mayat. Menurut kepercayaan Hindu, mayat yang mati harus dibakar. Biasanya mayat akan dibakar di tebing Sungai Gangga dan kemudiannya abu mayat tersebut akan ditabur ke dalam sungai.
Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh menemukan mayat yang tidak habis terbakar hanyut dalam sungai Gangga dan ini bukanlah suatu perkara yang asing bagi pengunjung tetap Sungai Gangga.


Tidak kurang juga yang terdampar lalu membusuk sebegini:





Kemudian dihurung lalat:


Dan ada juga yang menjadi santapan anjing:


Apakah dengn ini tidak lagi cukup menunjukkan ajaran mana yang benar dan ajaran mana yang salah? Begitulah akibatnya apabila kita berpaling daripada jalan kebenaran meskipun yang benar itu telah jelas di hadapan kita tetapi kita tetap ingin menidakkannya dan berterusan di dalam kesesatan.
Benarlah firman Allah:
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لاَ يُؤْمِنُونَ<> خَتَمَ اللّهُ عَلَى قُلُوبِهمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عظِيمٌ
"Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah menutup hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar."
[Surah Al-Baqarah: 6-7]

25 April 2009

Don't Judge a Book by Its Cover

Tajuk di atas merupakan satu peribahasa Inggeris yang begitu terkenal dan digunakan secara kerap oleh orang ramai. Maksudnya jangan menilai sesuatu itu daripada luaran sahaja. Namun saya melihat peribahasa ini hanya sebagaia suku benar dan baki tiga suku lagi adalah palsu semata-mata.

Kebanyakan orang menggunakan peribahasa di atas untuk menutup kelemahan luaran mereka dan secara langsungnya ingin menyampaikan mesej yang mereka itu sebanarnya baik daripada dalam. Namun apalah gunanya kebaikan yang ada di dalam itu jika tidak ditonjolkan dengan anggota luaran. Saya akan membuktikan kata-kata saya melalui contoh yang akan saya beri di bawah.

Ada orang kata, yang penting adalah pakaian iman bukan pakaian luaran lantas menyuruh orang supaya jangan menilai dirinya daripada luarannya yang tidak menutup aurat dan berpakaian tidak senonoh tetapi mesti menilai mereka daripada dalaman. Kata-kata ini biasa digunakan oleh artis-artis dan mereka yang tidak mahu menutup aurat terutamanyan perempuan. Ini adalah kata-kata orang yang bodoh agama, kalau sudah tidak berpakaian seperti yang dituntut syara' mana pula datangnya pakaian iman?

Ada juga orang kata, yang dia itu jahat daripada luaran sahaja tetapi dalaman dia baik. Ini adalah kata-kata orang bengong, Islam mengajar kita menilai seseorang melalui akhlaknya kerana akhlak itu menggambarkan peribadi dalaman seorang insan. Kalau benar dalamannya baik pasti luarannya baik sebaliknya kalau sudah luarannya buruk pasti kerana ada yang tidak kena dengan dalamannya.

Ada orang suka buat perkara bodoh tetapi membuat kenyataan yang mereka itu orang yang bijak dan berilmu. Ini adalah kata-kata orang yang dungu, apalah gunanya ilmu yang ada pada mereka kalau tidak dimanfaatkan dan digunakan. Hakikatnya mereka memang bodoh dan sebab itu mereka hanya mampu membuat perkara-perkara yang bodoh, bercakap benda-benda yang bodoh dan menulis benda-benda yang bodoh. Jadi jangan disalahkan orang yang melabel anda sebagai bodoh kerana anda sendiri yang memperbodohkan diri sendiri.

Suku yang benar itu hanyalah sesuai digunakan kepada buku dan benda-benda yang tidak hidup barangkali. Contohnya sepertimana yang tedapat dalam peribahasa di atas, buku. Mungkin kulit buku tersebut telah lusuh kerana selalu dibelek maka tidak hairanlah kalau peribahasa itu digunakan kepada buku atau mungkin buah-buahan kerana kadang-kala buah yang buruk kulitnya itulah yang enak dimakan tetapi jelas yang peribahasa di atas kurang sesuai atau mungkin tidak sesuai sama sekali untuk manusia.

21 April 2009

Ahlul Bait, Syed dan Sharifah

Ahlul Bait adalah suatu istilah Arab yang jika diterjemahkan secara terus ke Bahasa Melayu bermaksud Ahli Rumah, namun bukan itu maksud yang ingin saya ertikan di sini. Ahlul Bait adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada gelaran yang diberikan kepada kaum kerabat atau ahli keluarga Rasulullah.

Untuk pengetahuan umum, Bangsa Arab merupakan suatu bangsa yang sangat mementingkan susur galur keturunan. Bukanlah sesuatu yang menghairankan jika mereka tahu siapakah nenek moyang mereka kalaupun generasi terdahulu yang kesepuluh. Malah ketika memperkenalkan diri, mereka biasa menyebut nama mereka berserta nama bapa dan datuk mereka secara bersambung.

Bukan itu sahaja, mereka juga berupaya mengenalpasti sambungan susur galur keluarga secara terperinci sebagai contoh Imam Syafie dikatakan bertemu susur galur keluarganya dengan keluarga Rasulullah pada moyang Rasulullah, Abdul Manaf (Muhammad bin Abdullah bin Abdul mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf). Bayangkan berapa ratus tahun jarak antara keduanya begitulah keutamaan yang diberikan Bangsa arab terhadap susur galur keturunan.

Sekarang kita masuk kepada isu yang sebenar setelah saya memberi sedikit sebanyak pengenalan tentang Ahlul Bait. Banyak cakap-cakap yang mengatakan mereka yang bernama Syed @ Sayyid (dan seumpamanya) serta Sharifah merupakan golongan Ahli Bait. Melihat kepada apa yang telah saya terangkan tadi, kenyataan ini berkemungkinan besar adalah benar. Tambahan pula, kebanyakan mereka mempunyai salasilah keluarga sebagai bukti untuk menghubungkan keluarga mereka dengan cucunda Rasulullah sekaligus dengan Rasulullah sendiri.

Malangnya kepentingan yang diletakkan oleh Bangsa Arab itu bertukar kepada perasaan taksub bagi segolongan manusia yang cetek pemikirannya sehingga melarang keras mereka yang berketurunan Syed dan Sharifah daripada berkahwin dengan mereka yang bukan Syed dan Sharifah lebih lebih lagi kaum Sharifah kerana sekiranya mereka berkahwin dengan golongan yang bukan Syed, mereka tidak boleh mewariskan nama Syed atau Sharifah kepada anak mereka dan susur-galur keturunan itu akan terhenti di situ.

Lebih malang apabila ada segelintir manusia yang begitu taksub kepada golongan Syed dan Sharifah ini sehingga percaya yang mereka adalah golongan syurga dan sesiapa yang berkahwin dengan mereka juga akan turut tergolong dalan ahli syurga. Maka berebut-rebutlah orang yang cetek fahaman agamanya ingin berkahwin dengan Syed terutamanya supaya mereka dapat masuk syurga dengan mudah.

Lebih menjijikkan lagi bagi mereka yang bernama Syed atau Sharifah tetapi tidak berkelakuan sepertimana yang selayaknya bagi seorang yang mempunyai talian darah dengan Rasulullah. Ini ternyata memberi cemar kepada nama Ahlul Bait dan sesungguhnya mereka tidak layak mendapat gelaran Ahlul Bait. Jika anda mahukan buktinya, lihat sahaja di televisyen. Berapa banyak artis yang bernama Syed atau Sharifah terutama yang Sharifah tidak menutup aurat, tergedik-gedik dan terkinja-kinja macam beruk. Cukup memalukan dan cukup menghinakan.

Ketahuilah Ahlul Bait itu adalah golongan yang dicintai, disanjungi, dimuliakan dan dihormati para sahabat Rasulullah, para ilmuan Islam juga segenap umat Islam dan mereka turut mendoakan kesejahteraan Ahlul Bait ketika berselawat kepada Rasulullah sebagaimana yang sering kita amalkan:

اللهم صلى على محمد وعلى ال محمد
"Ya Allah berilah kesejahteraan kepada Nabi Muhammad dan keluarga baginda"

Ketahuilah juga sesungguhnya tiada beza antara orang Arab dan bukan Arab itu melainkan taqwa sebagaimana firman Allah:

إن أكرمكم عند الله أتقاكم
"Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yag paling bertaqwa"

Sabda Rasulullah:

لا فضل لعربي على اعجمي إلا بالتقوى
"Tidaklah mulia seorang Arab itu daripada seorang yang bukan Arab melainkan dengan taqwa"

Jadi sedarlah wahai kaum Syed dan Sharifah yang sebenarnya kamu tiadalah beza dengan mereka yang bukan Syed dan Sharifah melainkan jika kamu bertaqwa (takut) kepada Allah. Jadi tidak perlu dibezakan antara mereka yang Syed atau Sharifah dengan mereka yang bukan. Jangan dilarang perkahwinan antara keduanya dan jangan taksub kepada mereka kerana semua ini bertentangan dengan ajaran Islam.

Tetapi mereka yang berketurunan Syed dan Sharifah harus ingat yang mereka mesti berkelakuan sebagaimana yang selayaknya diperlakukan oleh seorang Muslim supaya kamu tidak memberi cemar kepada nama Ahlul Bait yang selama ini disanjung tinggi oleh seluruh umat Islam. Kalau masih juga ingin melakukan perbuatan-perbuatan terkutuk, maka jangan dedahkan kepada orang lain yang anda merupakan Ahlul Bait bukan kerana apa sekurang-kurangnya anda tidak mencemarkan nama Rasulullah dan Ahlul Bait yang lain.


Pautan:
Ahlul Bait Syed & Sharifah 4
Kafaah (Kufu) dalam Perkahwinan @ Ahlul Bait Syed & Sharifah 3
Ahlul Bait Syed & Sharifah 2

10 April 2009

Pukul Rusuk Politik

Musim peperiksaan menyebabkan saya terlepas daripada mengikuti banyak detik-detik bersejarah yang berlaku dalam arena politik negara. Perhimpuanan Agung UMNO, pertukaran tampuk pimpinan, pilihanraya kecil dan rombakan cabinet semuanya hanya dapat saya ikuti secara sepintas lalu. Namun seperti biasa, saya ingin memberi komen terhadap yang berlaku terutama dalam arena politik belakangan ini.

UMNO sekali lagi bertukar pimpinan. Kali ini nakhodanya Datuk Seri Najib Tun Razak (DSNTR). Sama-sama kita lihat apakah kemampuannya. Apakah beliau akan berdaya menandingi rekod Tun Dr Mahathir atau beliau hanya sekadar biasa-biasa sahaja seperti Tun Pak Lah.

Walaubagaimanapun sudah kelihatan isyarat awal yang tidak begitu menyenangkan hati. Barisan Nasional hanya menang satu daripada tiga kerusi yang dipertandingkan baru-baru ini. Apakah sebabnya? Saya pun kurang pasti. Apakah hanya orang UMNO sahaja yang suka DSNTR tetapi rakyat tidak suka?

Bila difikirkan, mungkin juga kerana masih lagi terdapat pemimpin korup, pengamal politik wang@rasuah yang dibenarkan bertanding dalam Perhimpunan Agong UMNO baru-baru ini dan terpilih pula memegang jawatan. Bagaimana ini boleh berlaku? Entah apalah yang difikirkan oleh perwakilan UMNO ketika mengundi, adakah mereka mengundi mengikut pilihan hati mereka dan bukannya pilihan rakyat?

Sekalung tahniah kepada pihak Pakatan Rakyat yang menang dua kerusi. Tapi yang saya pelik tiada pula kedengaran ucapan terima kasih daripada PR kepada BN kerana tidak main kotor. Maklumlah orang dah menang. Apa dia peduli. Cuba kalau kalah habis dicanangnya yang si pihak lawan bermain kotor. Bila kita menang kita kata sebab memang kita baik, kita bagus, pasal itu kita menang dan bila kita kalah kita kata lawan tidak bagus, lawan jahat, lawan main kotor. Pendek kata menang atau kalah hanya kita yang baik dan lawan kita sentiasa buruk. Inilah namanya politik tahi sebab politik cara ini kotor sentiasa, tak tahulah pula kalau ada tahi yang bersih.

Dahulu bila diumumkan pilihanraya kecil dibuat selepas pemilihan UMNO. Ada orang memekak tidak puas hati tengok-tengok dia pula menang, terus tutup mulut senyum sampai ke telinga. Asal menang saja terus puas hati, suka hati. Bila kalah bukan main lagi dia panas hati.

Dan yang bagusnya tak pula kedengaran BN kata PR main kotor dalam pilihanraya yang menyebabkan mereka boleh menang. Jadi sekarang saya keliru, mana satu yang bersifat Islam mana satu yang kurang bersifat Islam? Agaknya pihak yang kalah kali ini lebh jantan daripada pihak yang menang.

Anda tidak perlu teka sama ada saya penyokong BN ataupun PR dan kalau anda semak pun dalam senarai nama ahli kedua-dua pakatan anda tidak akan jumpa nama saya. BN saya kritik PR pun saya kritik, bukan kerana saya ini sempurna cuma sekadar prihatin.

Pesanan saya kepada mereka yang taksub kepada parti politik, komen anda tidak diperlukan di sini kerana saya cukup kenal dengan tabiat orang-orang taksub seperti anda. Asal saja perkara itu dibuat oleh mereka yang anda sokong benda haram pun boleh jadi halal. Kalau anda para pembaca tidak percaya, silalah berkunjung ke laman web tranungkite online. Bukannya saya ingin mempromosikan laman web ini tapi untuk menjadi bukti betapa bodoh orang yang taksub politik.

01 April 2009

Tarjih - Isu Rokok

Saya kini berada di ambang peperiksaan. Justeru saya meminta maaf kerana tidak dapat mengemaskini blog ini dengan kerap disebabkan terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan juga terlalu banyak mata pelajaran untuk dihafal. Tambahan pula, saya tidak dapat menulis dengan baik jika tidak berada dalam keadaan hati dan minda yang tenang. Saya berharap semoga para pembaca dapat mendoakan kejayaan saya dalam peperiksaan dan juga dalam kehidupan.

Sungguhpun begitu di waktu senggang yang ada ini saya berkenan untuk menulis sedikit sebanyak berkaitan dengan fiqh atau lebih khusus lagi dalam bab tarjih. Tarjih ini secara mudahnya boleh didefinasikan sebagai mengutamakan suatu pendapat lebih daripada pendapat lain dengan bersandarkan pada asas yang tertentu atau dalam Bahasa Inggeris kita boleh sebut sebagai preferance.

Misalnya, katakan terdapat beberapa pendapat berkenaan hukum sesuatu perkara maka kita menggunakan kaedah tarjih untuk memilih satu pendapat yang paling baik, paling kuat dan paling sesuai untuk diamalkan oleh kita tetapi harus kita ingat pemilihan ini haruslah bersandarkan asas yang kukuh.

Untuk penerangan lanjut, saya suka untuk mengupas dengan lebih mendalam isu rokok kerana ini lebih dekat dengan masyarakat dan lebih mudah difahami oleh para pembaca sekalian. Sebagaimana yang anda maklum (bagi mereka yang maklum) dan untuk pengetahuan anda (bagi mereka yang tidak maklum), sepanjang ingatan saya sebagaimana yang telah saya pelajari di sekolah menengah dahulu, ulama’ telah berbeza pendapat berkaitan dengan hukum merokok yang secara ringkasnya dapat kita sebutkan dalam tiga bentuk:
  1. Haram
  2. Makruh
  3. Harus


Melihat kepada tiga hukum yang disebutkan di atas, tidak dapat tidak untuk kita membuat pendirian dalam memilih salah satu daripada hukumnya. Semestinya bagi mereka yang benci kepada rokok akan memilih hukum haram manakala mereka yang merokok memilih hukum makruh atau harus bagi membenarkan mereka merokok.

Pada pendapat saya, cara yang sebegini adalah tidak tepat. Cara yang betul untuk melakukan tarjih adalah dengan melihat dalil yang dibawakan oleh ulama’ dalam mengeluarkan hukum-hukum tersebut. Tarjih bukan bermakna kita boleh memilih sesuka hati berdasarkan kehendak dan nafsu kita. Tarjih memerlukan sandaran yang diterima syara’atau istilahnya murajjih.

Bagi perokok, mereka pastinya memilih hukum harus atau makruh bagi menyedapkan hati mereka dan sebagai hujah yang mereka tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syarak manakala bagi yang benci akan rokok pastinya akan memilih hukum haram untuk menghindarkan rokok.

Saya agak keberatan untuk menulis pilihan saya di sini kerana khuatir ada dalam kalangan rakan-rakan saya yang tersinggung sungguhpun kebanyakan mereka berfikir yang saya ini tidak reti menjaga perasaan orang lain. Namun apakan daya saya perlu menjadikan sifat menyampaikan itu sebahagian daripada resmi saya. Jadi tetap saya akan merperkatakan sesuatu berkenaan dengannya kerana saya percaya bantuan Allah itu bersama-sama dengan hambanya yang mengajak kepada kebenaran.

Sepanjang pengamatan saya, saya tidak dapat melihat sebab musabab untuk mengguna-pakai hukum merokok itu harus atau makruh melainkan satu-satunya hukum yang sesuai dan layak baginya adalah haram. Walaupun terdapat bukti (yang saya tidak pesti benar atau tidak) yang menyatakan ada faedah yang boleh diperoleh daripada merokok seperti kononnya boleh melegakan selsema, manghangatkan badan dan lan-lain, bagi saya ini tidak dapat digunakan sebagai hujah kerana faedah yang sedikit itu tidak terbandingkan dengan mudharat yang banyak (rasanya tidak perlu saya senaraikan di sini). Sebagaimana yang telah disebut oleh Allah yang sesungguhnya di dalam arak itu ada manfaat dan keburukan tetapi tetap, hukum arak itu haram kerana mudharatnya lebih besar dariada manfaat.

Ada pula orang yang terlebih hebat pengetahuan agamanya ingin menggunakan kaedah usul fiqh: al-aslu kullu asyya’ ibahah (hukum asal kepada setiap perkara itu adalah harus) dan berhujah memandangkan tiada nas (keterangan) dalam Al-Quran atau sunnah yang menunjuk kepada pengharamannya. Sebab apa saya kata mereka ini terlebih hebat adalah kerana mereka terlepas pandang yang Al-Qur’an dan sunnah itu menggariskan panduan secara umum kerana jika semua perkara disebut di dalam Al-Quran maka naskhah Al-Quran itu akan lebih tebal daripada tingginya KLCC.

Jadi terpulang kepada anda, untuk menarjihkan mana-mana pendapat asal saja anda mempunyai asas yang diterima syara' bukan semata-mata untuk menghalalkan perbuatan anda. Saya tidak mempunyai masalah sekiranya anda tidak bersetuju dengan saya tetapi sila bawakan hujah anda supaya saya dapat bersetuju dengan anda.

21 March 2009

PPSMI

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), perkara ini telah menambahkan lagi ketegangan yang sedang menimpa rakyat Malaysia. Meskipun PPSMI telah dilaksanakan selama 6 tahun (bermula pada tahun 2003), bantahan dan tentangan yang disalur dan disuarakan melalui pelbagai cara oleh pelbagai pihak masih berterusan. Pihak kerajaan pula masih berdegil, memekakkan telinga mereka dan menganggap keputusan yang mereka buat adalah keputusan yang betul.

Bagi mereka yang membantah, pelbagai alasan disertakan bersama bantahan mereka. Antaranya, PPSMI 'membunuh' Bahasa Melayu, PPSMI bertentangan dengan undang-undang yang memperuntukkan bahasa pengantar dalam bidang pengajaran dan pembelajaran mestilah Bahasa Melayu, pelaksanaan PPSMI merupakan suatu bentuk pengkhianatan terhadap bangsa. Tidak kurang juga golongan tidak berguna dan tidak bermaruah yang mempolitikkan isu ini dengan berpura-pura prihatin semata-mata ingin meraih undi murahan.

Jawapan daripada pihak kerajaan adalah PPSMI perlu untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dan penggunaan Bahasa Inggeris akan memberi kelebihan kepada para pelajar kerana kebanyakan bahan rujukan Sains dan Matematik adalah di dalam Bahasa Inggeris. Pengasas idea PPSMI, Tun Dr. Mahathir juga turut mengutarakan pelbagai hujah bagi membela PPSMI yang mana anda boleh baca di sini.

Bagi saya, kesemua hujah yang dikemukakan baik daripada pihak kerajaan mahupun pihak yang membangkan PPSMI adalah hujah yang waras. Tetapi kita harus mengutamakan matlamat pengajaran dan pembelajaran itu sendiri iaitu untuk memberi kefahaman dan manfaat kepada para pelajar supaya ilmu yang diberikan itu dapat diamalkan dikemudian hari.

Saya mempunyai ramai adik dan sepupu yang masih bersekolah di sekolah rendah dan menengah. Kebanyakan mereka merungut yang mereka tidak faham apa yang diajarkan guru Matematik dan Sains di sekolah. Sepupu saya di MRSM turut mengadu yang dia tidak dapat menguasai matapelajaran Sains dan Matematik kerana tidak faham apa yang diajarkan guru.

Kerajaan yang ingin mempertahankan PPSMI berhujah yang kononnya pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik dan Sains meningkat berdasarkan keputusan UPSR, PMR dan SPM. Namun saya ragu dengan hujah mereka itu kerana sepanjang pengalaman saya di sekolah, guru-guru sekolah saya ada memberitahu yang kerajaan akan menurunkan graf pemarkahan atau penggredan untuk menstabilkan keputusan peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan SPM.

Sebagai contoh, markah yang perlu dicapai untuk mendapat gred A adalah 80% tetapi sekiranya pencapaian majoriti pelajar tidak memberangsangkan paras markah itu akan diturunkan kepada 70% supaya graf keseluruhannya stabil dan sebaliknya pula jika ramai yang mendapat markah 80% ke atas, paras tersebut akan dinaikkan menjadi 90%.

Jadi saya rasa hujah kerajaan yang tersebut boleh jadi tidak benar kerana mungkin mereka menurunkan graf dengan ketara tetapi mengatakan kononnya pencapaian pelajar meningkat. Ini bukan cakap kosong atau tuduhan yang melulu kerana guru saya yang kebanyakannya penanda kertas peperiksaan SPM yang mengakui hakikat ini.

Justeru pada pandangan saya, jangan pedulikan tentang Bahasa Kebangsaan, jangan pedulikan juga usaha meningkatkan Bahasa Inggeris kerana semua itu boleh dicapai melalui cara lain. Kita perlu mengutamakan nasib para pelajar kerana mereka yang mengalami masalah ini. Yang paling penting adalah mereka faham apa yang diajarkan dan berupaya mengamalkannya.

Kalau setakat alasan untuk memudahkan pelajar apabila mereka melangkah ke universiti kelak, saya rasa tidak perlu kerana sepanjang pengamatan saya, ramai saja rakan-rakan saya yang kemahiran Bahasa Inggeris mereka di tahap sederhana tetapi mereka inilah yang kebanyakannya tergolong dalam senarai dekan jika dibandingkan dengan mereka yang kononnya terlalu gah dalam berbahasa Inggeris.

Kepentingan bahasa itu letaknya pada fungsinya sebagai pengantara dalam proses komunikasi. Selagimana bahasa yang digunakan itu boleh difahami maka bagi saya itu sudah memadai. Tidak ada faedahnya jika kita menggunakan bahasa yang hebat tetapi orang lain tidak memahami sepatah haram pun apa yang kita sedang perkatakan. Ini ternyata berlaku, amat menjengkelkan sekali apabila saya dan kawan-kawan saya membaca beberapa buah buku yang menggunakan bahasa yang terlampau hebat sehinggakan kami tidak faham apa yang terkandung dalam buku tersebut.

Ini bukan sahaja menyusahkan pelajar tetapi sebenarnya memperbodohkan penulis itu sendiri kerana dia membuat buku untuk memberi faedah kepada orang lain tetapi malangnya bukan sahaja tidak difahami malah mengelirukan dan membuat para pelajar tidak ingin membaca buku tersebut. Jadi sia-sialah buku itu ditulis.

Golongan tua sibuk bertengkar macamlah mereka yang belajar Matematik dan Sains. Mereka cuma pandai bercakap sahaja kerana mereka tidak mengalaminya. Sepatutnya pendapat para pelajar diambil berat. Kepada mereka yang tua-tua jangan sibuk dengan pertengkaran yang merosakkan masa depan generasi muda. Ingatlah sikit bukan anda yang belajar Sains dan Matematik dan saya percaya kalau anda yang belajar pun belum tentu anda faham. Lebih baik pergi belajar ilmu agama bak kata orang dulu-dulu yang sebaya dengan anda, 'rumah kata pergi, kubur kata mari'.

09 March 2009

Muhammadun Rasulullah

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلاَّ رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىَ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللّهَ شَيْئاً وَسَيَجْزِي اللّهُ الشَّاكِرِينَ

"Dan tidaklah Muhammad itu melainkan seorang rasul sebagaimana yang telah diutuskan rasul-rasul sebelum daripadanya, apakah sekiranya mati atau terbunuh kamu akan berpaling daripada agama Allah? Ketahuilah kalaupun kamu berpaling sedikit pun tidak menjejaskan kerajaan Allah dan sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersyukur"
[Surah Ali Imron: 144]

Hari ini merupakan hari keputeraan manusia teragung Baginda Rasulullah s.a.w. Maka pelbagai bentuk sambutan diadakan baik dengan bacaan ayat-ayat Al-Qur'an sehinggalah kepada perarakan. Saya kurang pasti pula kalau ada 'Konsert Maulud Nabi' dianjurkan. Maklum saja orang zaman sekarang sangat suka mempermainkan agama, beramal ibadah kononnya boleh dilakukan melalui konsert. Entah nabi mana mengajarkan mereka syariat ini saya pun tidak tahu.

Selain daripada konsert (dan acara seumpamanya) saya tidak mempunyai masalah kiranya sesiapa ingin menyambut Maulud Nabi dengan kenduri doa selamat, perarakan dan sebagainya meskipun sesetengah pihak menganggapnya sebagai bid'ah (perkara baru @ pembohongan dalam agama). Kerana bagi saya, selagi suatu bid'ah itu tidak melibatkan hal-ehwal ibadah atau aqidah maka bid'ah itu diharuskan atau sebenarnya tidak dikategorikan sebagai bid'ah kerana saya berpegang kepada pendapat Yusuf Qaradhawi yang menyatakan 'bid'ah yang sesat' yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu hanyalah bid'ah dalam perkara aqidah dan ibadah.

Justeru, buatlah apa sahaja sambutan yang anda inginkan selagimana tidak melampaui batas-batas syara'. Sungguhpun begitu kita harus faham apa yang sebenarnya kita sambut dan apa yang kita arakkan. Bukannya sekadar ingin berseronok dan terpekik terlolong di sana dan sini kononnya atas nama menyambut tanggal kelahiran Rasulullah. Sepatutnya kita sedar yang kita semua bertanggungjawab meneruskan kelangsungan perjuangan baginda menegakkan Islam.

Saya amat yakin sekiranya baginda masih hidup pasti baginda akan merasa maha sedih lagi kecewa melihat keadaan kita umat Islam zaman sekarang yang begitu lemah iman dan cetek pengetahuan agama. Tidak cukup dengan itu umat Islam saling berbunuhan dan perang-memerangi. Generasi muda-mudi Islam pula sibuk dengan hiburan dan alam percintaan yang menyesatkan mereka. Sedang mubaligh-mubaligh Kristian sibuk mengkafirkan orang Islam, orang Islam sibuk mengkafirkan diri mereka sendiri.

Betapa menyedihkan sekali keadaan kita umat Islam yang lemah tidak bermaya menegakkan agama kita. Dahulu usaha ini berjaya dilaksanakan hanya oleh sekumpulan kecil umat Islam yang teguh imannya namun kita disebabkan goyahnya iman, meskipun bilangan kita beratus juta masih berjaya diperdaya, diperbodoh dan dipermainkan oleh penganut agama lain. Benarlah sabda nabi yang menyatakan umat Islam di akhir zaman umpama buih di lautan bilangannya banyak namun tiada kekuatan.

Betapa besar kemurkaan Allah kepada kita. Lalai, sesat, lemah, leka sebut apa sahaja perkataan negatif pasti sesuai untuk dipadankan dengan umat Islam kini. Tulisan saya ini bukan untuk merendahkan martabat Islam, saya juga seorang Islam tidak tergamak rasanya untuk saya menghina Islam tetapi inilah hakikatnya keadaan umat Islam memang begitu menyedihkan sekali.

03 March 2009

Media Senget

Sebulan dua ini, ketika negara-negara lain bertungkus-lumus menangani isu ekonomi dunia yang sedang parah, media di Malaysia sibuk memalingkan masyarakat kepada hal-ehwal politik terutama yang berkaitan dengan isu lompat parti, lembu korban, tukar kerajaan, derhaka akan sultan, rusuhan politik dan lain-lain lagi.

Laporan sebegini tidak begitu menjadi masalah kepada saya, yang masalahnya ialah media di Malaysia bersikap berat sebelah dalam laporan mereka. Pastinya sebelah yang berat itu adalah sebelah kerajaan. Boleh dikatakan semua laporan yang dipaparkan cenderung untuk menyokong, membela dan memuji apa sahaja yang diperbuat oleh pihak kerajaan sebaliknya mengeji, mengutuk dan memperburukkan apa sahaja yang diperbuat oleh pihak yang tidak sebulu dengan kerajaan terutamanya pihak pembangkang.

Tidak cukup dengan itu, laporan disampaikan dengan nada penuh provokasi yang saya tidak begitu pasti apakah niat disebaliknya. Maka tidak hairanlah jika ramai orang yang marah, perasaan benci-membenci antara mereka yang berlainan aliran politik semakin menebal dan amalan memaki-hamun menjadi perkara yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Ini boleh dikatakan sebagai ‘sumbangan murni’ daripada media yang sangat terkesan di hati orang ramai.

Mengapakah media di Malaysia tidak mampu bersikap atas pagar @ neutral dalam setiap laporan mereka? Tanggungjawab media adalah untuk melaporkan apa yang berlaku dengan tepat dan benar. Bukannya mempengaruhi masyarakat untuk saling bermusuhan, benci-membenci, caci-mencaci dan lain-lain amalan buruk yang tidak seharusnya diterapkan kepada mereka.

Kesan daripada perbuatan keji media ini, rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat bermusuhan antara satu-sama yang lain. Tidak kira pelajar sekolah, pelajar universiti, golongan profesional mahupun warga tua tidak henti-henti berdebat mempertahankan pegangan politik mereka kesan provokasi yang direka oleh pihak media.

Katakanlah pihak pembangkang atau boleh kita kata Pakatan Rakyat berjaya menerajui kerajaan, saya tidak dapat membayangkan bagaimanakah situasi media yang sekarang sibuk menghentam pihak pembangkang adakah pada masa itu akan beralih arah untuk memuja-muji Pakatan Rakyat dan memaki-hamun Barisan Nasional?

Apa yang sepatutnya dilakukan oleh media ialah melaporkan kebenaran tidak kira daripada pihak kerajaan, pembangkang dan lain-lain. Saya tidak meminta media memaki kerajaan dan memuji pembangkang, saya cuma meminta supaya apa yang baik laporkanlah sebagai baik dan apa yang tidak baik laporkanlah dengan rupa asalnya tanpa perlu dimasukkan pandangan peribadi, penukaran dan penyembunyian fakta serta apa sahaja yang merubah kesahihan laporan tersebut.

Kita mengharapkan media bersikap lebih telus, jujur dan benar dalam laporan mereka dan hanya dengan ini media boleh meraih keyakinan dan kepercayaan rakyat yang mana tidak akan dapat mereka raih dengan membodek satu pihak sahaja dan memperburukkan pihak lain.

28 February 2009

Imam Ahmad Ibn Hanbal Rahimahullah

Biography:- Ahmad bin Muhammad bin Hanbal
- Was born in 164H@778CE (Umayyad period) in Baghdad.
- Pure Arab and his family joints the Prophet’s family in hierarchy through Adanani Syaibani.
- His grandfather Hanbal bin Hilal was a governor under the Umayyad at Khurasan.
- His father Muhammad bin Hanbal was a commander of the Abbasid.
- His father died (at the age of thirty) when he was a child and being brought up in poverty.
- He was brought up by his mother, Safiyah binti Maimunah binti Malik as-Syaibani
- He died in 241H@885CE in Baghdad
History:- He was an inquisitive and intelligent child. His passion for knowledge made him took a long journey to Syria, Hijjaz, Yemen, Kufah, Basrah and other places and because of that, he became familiar with the Persian language.
- Upon his journey, his passion for hadeeth had encouraged him to collect the Prophet’s hadeeth.
- His piety made him led a simple, poverty, austerity and virtue life and devoted his life in the service of hadeeth and fiqh.
- At the age of thirty, Imam ash-Syafi’ee appointed him to become a Qadi for the Umayyad but he refused and replied, “I came to your place in search of knowledge and not that you thrust upon me a delicate person of a Qadi”.
- He did not like to pray behind his son and uncle or even come to their house to eat because both of them were working under the government.
- He refused to accept sadaqah or any present from the authorities.
- He had being tortured Caliph Ma’mun (rule 813-842CE), Caliph al-Wathiq(842-846CE) as a result to his rejection to Mu’tazilities doctrines which had great influence at that time.
- He was released by Caliph al-Mutawakkil which had rejected Mu’tazilities doctrines and expelled Mu’tazilities scholars.
- Main students of Imam Ahmad:
o Saalih bin Ahmad
o Abdullah bin Ahmad
o Imam Bukharee
o Imam Muslim Majority of Hambalee Madh-hab can be found in Palestine and Saudi Arabia and even become the basis of Saudi Arabia’s legal system.
Education:- During his younger age:
Early age = Al-Qur’an
14 years old =Linguistic and writing
16 years old = Hadeeth (for 5 years from Hafiz Hashim b Bashir b Abi Hazim)

- During his adolescent years and beyond:
Hadeeth and fiqh
§ Hafiz Hashim b Bashir b Abi Hazim
§ Imam Abu Yusoof (famous student of Imam Hanafi)
§ Imam as-Syafi’ee
§ Other muhaddithin and noted personalities
Law
§ Iraqi jurist
§ Imam as-Syafi’ee
- Became a discipline of Imam ash-Syafi’ee and Dawud az-Zahiri and leaned towards Maliki thought.
- Was an inspired follower of Sufyan Thauri and ibn Mubarak, though he did not have an opportunity to study under them.
- Imam Ahmad’s teacher:
o Sufyan b ‘Ayniyyah
o Abu Bakr b ‘Ayyash
o Waki’ b Jarrah
o Abdur-Rahman b Muhammad
o Yahya b Sa’id al-Qatan

Methodology:- Sources of law:
1. Al-Qu’ran
2. As-Sunnah
3. Ijmaa’ of the sahabah
4. Individual opinion of the sahabah
5. Hadeeth Da’eef
6. Qiyas

- He started to work with a process of research for the sunnah and he abstained from issuing a verdict until he found a hadeeth.
- Considered the Sunnah as an explanation of the Qur’an
- In the cases of difference of opinion among sahabah, he preferred the opinion of Khulafa ur-Rashidun (the rightly-guided Caliphs)
- Also accepted masolih al-mursalah (the principle of public welfare) and istishab as the other sources of law.

Practicalities and Contributions:- Compilation of over 300 000 hadeeths in a book called Musnad Imam Ahmad.
- Well-known as a great narrator of hadeeth which has narrated more than 700 000 hadeeths
- Rejected the theory of the ‘creation’ of al-Qur’an
- Similar to the views of Imam Malik in the field of politcs
- Accepted all types of political authorities of the caliph but refrained from making any critics and opposition
- His living methodology was a model for the factual setting of his principle of research.
- Has written many books:
o Kitab al-‘Amal
o Kitab at-Tafsir
o Kitab an-Nasikh wal-Mansukh
o Kitab az-Zahid