Pages

28 November 2008

Majlis Raja-raja Sumber Perundangan Islam Terbaru?

Saya merasakan begitu hairan dan 'maha kagum' (bukan niat sebanar) dengan amalan hukum Islam di Malaysia. Terbaru adalah berkenaan soal pengharaman senaman yoga bermentera oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Sebagaimana yang diuar-uarkan di akhbar, fatwa ini hanya akan digunapakai setelah mendapat ‘perkenan’ Majlis Raja-raja.

Peristiwa ini amat aneh sekali. Sejak bila pula Majlis Raja-raja diiktiraf kedudukannya oleh Allah sebagai salah-satu sumber perundangan Islam? Nabi palsu mana yang datang membawakan wahyu baru dari tuhan yang mengatakan suatu hukum itu perlu mendapat perkenan Majlis Raja-raja sebelum boleh diamalkan umat Islam?

Jika dilihat dari sudut kelayakan mengeluarkan ijtihad ataupun fatwa, tiada satupun ahli Majlis Raja-raja yang berdarjat mujtahid ataupun mufti. Jika dilihat daripada kedudukan sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu, sepanjang pengetahuan saya tiada pula disebut di dalam Al-Qur'an mahupun hadith yang menyatakan suatu hukum itu perlu mendapat kelulusan ketua sebelum boleh dikuatkuasakan.

Sekiranya hendak dikatakan ada wahyu baru yang turun untuk memberi arahan ini, saya tertanya siapakah rasul yang membawa wahyu itu sedangkan sudah muktamad tentang kewafatan rasul terakhir 1400 tahun yang dahulu.

Walau apapun alasannya, kalaupun ini hanyalah semata-mata suatu prosedur, jelas yang bahawasanya yang sedemikian adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Petunjuk ke arah kebenaran atau larangan terhadap suatu amalan itu adalah hak Allah yang diperjelaskan oleh-Nya melalui saluran Al-Qur'an dan sunnah yang hanya layak diistinbatkan kandungan hukumnya oleh orang-orang yang merupakan ahli dalam bidang tersebut. Sabda Rasulullah:

إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ، إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.”

Hadith di atas menyebut ulama' sebagai pewaris para nabi. Raja itu bukan pewaris nabi melainkan yang ulama' dikalangan mereka. Sungguhpun begitu, haruslah difahami yang istilah ulama' yang didalam hadith tersebut adalah yang arif lagi pakar dalam bidang agama Islam bukan sekadar arif dalam bidang lain tetapi tidak mahir dalam bidang agama.

Apabila jelas Al-Qur'an atau hadith memberi kebenaran untuk pelaksanaan sesuatau amalan, maka kebenaran itu berkuatkuasa serta merta tanpa perlu lampu hijau daripada sesiapa. Sebaliknya apabila jelas Al-Qur'an atau hadith menunjukkan larangan terhadap pelaksanaan suatu amalan, maka larangan itu juga berkuatkuasa serta-merta tanpa perlu arahan daripada sesiapa.

Soalan saya, apakah kebenaran atau larangan yang diperintahkan oleh Allah itu lebih rendah statusnya dan kurang utama daripada perkenan Majlis Raja-raja?

Wahai Raja kepada sekalian raja! Demi belas kasihan dan keagungan-Mu, selamatkanlah kami daripada fitnah ini.

4 comments:

Anonymous said...

rasul terakhir? salah hanya NABI terakhir ( diberi kitab)
sila rujuk http://submission.org

syfadh said...

Persolan yang dikemukakan di atas adalah pelik dan apa yang tertera di laman web yang disertakan juga pelik.

Rasul diterjemahkan sebagai seorang lelaki yang dikurniakan Allah wahyu dan diwajibkan ke atasnya untuk menyampaikan wahyu tersebut.

Nabi diterjemahkan sebagai seorang lelaki yang dikurniakan Allah wahyu untuk dirinya sendiri tetapi tidak menerima perintah untuk menyampaikan wahyu tersebut.

Semua rasul adalah nabi tetapi seorang nabi tidak semestinya seorang rasul.

Jadi apabila ditetapkan Nabi Muhammad itu sebagai nabi terakhir maka sekaligus baginda adalah rasul terakhir. Jadi penggunaan istilah 'rasul terakhir' dalam post saya itu adalah betul.

Jika masih terdapat individu yang tidak berpuas hati, tunjukkan kepada saya rasul yang diutuskan Allah selepas kewafatan Nabi Muhammad.

ain farahain said...

rasul adalah seorang lelaki yang diturunkan wahyu kepadanya dan wajib baginya untuk menyampaikan wahyu tersebut kepada manusia lain.

nabi adalah seorang lelaki yang diturunkan wahyu kepadanya tetapi tidak wajib untuk disampaikan kepada manusia lain.

so, logically, mestilah seorang rasul itu juga seorang nabi. tapi bkn semua nabi itu rasul. sbb dua2 mereka menerima wahyu, ttp nabi tak wjib menyampaikan wahyu yang diterimanya kepada orang lain. jadi tak la semestinya seorang nabi itu juga seorang rasul.

memang benar, Nabi Muhammad nabi terakhir, and clearly baginda merupakan rasul terakhir.

siapa2 yang masih tak jelas, sila rujuk kepada kitab2 atau sumber yang boleh dipercayai. internet bukanlah sumber terbaik utk menuntut ilmu agama. definition Islam dkt certain websites pon salah.

soleh said...

assalamualaikum..
biar jlas di cni..
rsenye soaln y dkemukakn mmg mengelirukn..
btl kate2 saudari ain utk dpt rjukan y blh dprcayai dan bkn smate2 dr internet..
sy bkn nk jlaskn tntng nabi atau rasul, tp mngkn 'anonymous' trsilap fhm dgn trjmahn quran surah imran, ayat 81 trsebut..
mmg bnr Allah trunkan syariat pd nabi..
Allah berikn syariat islam pd nabi Muhammad s.a.w..
dan pd y sme, Allah mlantik Nabi Muhammad s.a.w jg sbgai rasul utk mnyampaikn dn mmbenarkn syariat itu..jelas dn mudah,kn?