Pages

12 August 2008

Yang Perlu Ada


عادة الكون
أي شيء يملكه الإنسان ملكا طيبا؟
لو لا أفضل من الأسماء كنى ولقبا،
اللذان جعلا نفسه محبوبا،
ولأنهما كان عشواء غالبا،

أي بيئة يوجده الورد إيجادا؟
لولا يوقع منظرا باردا،
الذي جعله مريدا،
ولأنه عادة كان مفسدا،

أي فعل يفعله الرجل فعلا؟
لولا ترى أنّ له جلالا،
الذي جعله بين الناس بطلا،
ولأنه أحيانا كان ذليلا،

أي صفة تصف بها المرأة صفة؟
لولا عظم المرأة لطافة،
التي جعلتها معشوقة،
فلأنها كانت مظلومة،

أي أمر يتمسّك به الكون تمسّكا وازديادا؟
لولا يكونون لله عبادا،
الذي جعل كل واحد منهم كاملا مجيدا،
والله سيكونون في الإطمئنان أبدا...

(سيد فاضل حنفي عبد الرحمن عثمان العطاس)
24/5/2008- 1.30am



Yang Patut Ada

Apakah yang ada pada manusia?
Kalau bukan nama,
Yang kerananya mereka berbangga,
Dan kerananya mereka alpa,

Apakah yang ada pada bunga?
Kalau bukan harumnya,
Yang kerananya bunga dipuja,
Dan kerananya bunga binasa,

Apakah yang ada pada jejaka?
Kalau bukan gagah perkasa,
Yang kerananya dia berjasa,
Dan kerananya dia durhaka,

Apakah yang ada pada wanita?
Kalau bukan santun mulia,
Yang kerananya dia dicinta,
Dan kerananyan dia derita,

Apakah lagi yang patut ada?
Pada manusia, bunga, jejaka dan wanita,
Kalau bukan bersifat hamba,
Yang kerananya mereka bahagia,
Dan kerananya mereka sempurna…
  
-syfadh-
9.09pm, 24/08/2007
Library, CFS IIUM Petaling Jaya

Menjadi suatu kebanggaan peribadi kepada saya apabila berjaya mengarang sebuah sajak Arab yang tidak seberapa ini, itupun setelah bersusah-payah kerana saya bukannya orang Arab (walaupun berketurunan arab) lagi tidak mahir pula berbahasa Arab.

Kedua-dua nukilan saya di atas sebenarnya membawa mesej yang sama meskipun terjemahan makna perkataannya tidak sama. Jadi sekiranya anda tidak ‘kuasa’ memahami sajak yang Arab maka anda boleh beralih kepada yang Melayu. Tema yang ingin saya sampaikan melalui kedua-dua sajak ini adalah mengenai penciptaan setiap makhluk itu unik dengan sifat kehebatannya yang tersendiri. Namun sebaik dan sehebat mana pun sesuatu sifat itu terhadap empunyanya, tetap memberi impak positif dan negatif bergantung kepada bagaimana si empunya sifat memanfaatkan sifat yang mereka miliki.

No comments: