Pages

15 August 2008

Selamat Hari Lahir!

Bismillahirrahmanirrahim,

Ya Allah! Di genap usiaku yang ke-19 ini, kupohon keampunan dari-Mu atas segala ketelanjuran, kekurangan, kelalaian, kealpaan dan kesilapan yang telah lalu dan yang akan datang di sepanjang kumelewati usiaku ini. Jadikanlah aku ya Allah! hamba yang Engkau sayangi dan rahmati. Golongkanlah aku dikalangan orang-orang yang meraih syurga-Mu. Jauhi aku dari godaan syaitan, pengaruh nafsu, fitnah dunia dan kejahatan sekalian makhluk. Bantulah aku mengharungi kehidupan yang penuh dugaan ini. Sesungguhnya aku ini hamba-Mu yang maha lemah lagi tidak berdaya.

Wahai Allah tuhanku! kurniakanlah bagiku kemanisan iman, harta kekayaan dari rezki yang halal, pasangan hidup dan keturunan yang menjadi penyejuk mata memandang. Tenangkanlah hatiku dari segala kekusutan. Berilah aku kejayaan di dunia dan akhirat. Kekalkan kebaikan yang ada padaku dan hapuskanlah kejahatan yang ada padaku. Kuseru nama-Mu ya Allah sambil kubermohon Kau kekalkanlah imanku sehinggalah aku menghembuskan nafasku yang terakhir. Sesungguhnya Engkaulah yang aku sembah dan Engkau jualah tempat kubermohon. Bantulah aku di dalam pelajaranku dan berilah aku kejayaan.

Selawat dan salam ke atas junjugan Nabi Muhammad, para sahabatnya dan juga ahli keluarganya sebagaimana jua selawat dan salam ke atas nabi-nabi dan sekalian rasul. Amin...

8 comments:

nadyacheryl said...

Selamat Hari Lahir. :)

Anonymous said...

yeah! syed makin tue, wakakaka

-roy-

syazmeen said...

smoge mdapat usia yg dberkati

ain farahain said...

'Kekalkan kebaikan yang ada padaku dan hapuskanlah kejahatan yang ada padaku'

ak nk comment something tp nnt terkasar bahasa plak

maka lebih baek ak diam saje :)

syazmeen said...

haha
ain, komen dm hati sudeyy
xpun nnt time klas kitabah kite komen same2 eh
haha

Hasif Syahmie said...

hoho.ko dah tua!!! muahahha

Syed Fadhil said...

Salam,
terima kasih di atas ucapan anda semua.

kepada cik ain, cakap jela ape yang nak dicakap 2.

kepada saudara hasif, eh ingat cket ko lagi tua drpd aku ek

mama said...

salam...kenal2....happy selalu yeee..
walau setinggi mana ilmu yang kita ada...namun ianya hanya sebesar buih2 air d lautan...ilmu tanpa amal itu sia2 dan amal tanpa ilmu itu sesat...wasalam dari mama...hepi besday...