Pages

29 August 2008

Ramadhan Kau Datang Lagi

Assalamualaikum,

Bersempena dengan Bulan Ramadhan yang bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi, saya di sini ingin meminta maaf daripada anda sekalian di atas segala kesilapan, ketelanjuran, kekurangan dan apa sahaja perbuatan, percakapan atau mungkin diamnya saya yang telah menyebabkan dosa saya terhadap anda semua sama ada di depan atau di belakang anda, dengan sengaja ataupun tidak.

Saya berharap dapatlah kiranya anda semua mengampunkan semua dosa-dosa saya yang telah lalu dan juga yang akan datang supaya di akhirat kelak Allah tidak akan mempersoalkan dosa-dosa saya terhadap anda semua.

Jika sekiranya saya berhutang kepada anda segeralah menuntut jumlahnya daripada saya kerana mungkin saya mempunyai hutang yang belum dilangsaikan.

Halalkanlah segala pemberian yang telah anda beri kepada saya tidak kira makanan, minuman, barangan dan lain-lain. Seterusnya, halalkanlah juga kiranya saya ada mengambil atau terambil, mengguna atau terguna hak anda sekalian.

Akhir sekali saya juga dengan rendah hati mengampunkan segala kesalahan atau kesilapan kalian semua sekiranya ada dan saya halalkan semuanya.

Sekian, wassalam. Selamat menyambut Ramadhan.

1 comment:

hazwan garsides said...

ooooo,bile nak puase baru nak mtk maaf????ko igt aku nie pae?simpan buku 555 ke nak catit smua dose kau???hahahahaha