Pages

02 August 2008

Islamkah Malaysia?

أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمد رسول الله
“Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah”

Ayat suci lagi keramat yang menjadi junjungan dan pegangan setiap umat Islam amat penting sebagai penentu ukur bagi menterjemahkan keislaman seseorang. Setiap individu yang melafazkan ungkapan ini dengan keimanan kepada Allah dan rasul-nya dianggap sebagai seorang Muslim. Namun lain pula ceritanya bagi sesebuah negara seperti Malaysia. Bagaimana mungkin Malaysia boleh mengucapkan kalimah syahadah sedangkan Malaysia adalah sebuah jajahan takluk bukannya manusia yang boleh berkata-kata. Dan maka dengan sebab itulah timbulnya persoalan tentang keislaman Malaysia, adakah Malaysia telah masuk Islam atau Malaysia masih lagi kafir?

Ada pihak yang melabelkan Malaysia sebagai Islam dengan hujah bahawa majoriti penduduk Malaysia adalah muslim, Malaysia mengamalkan sebahagian hukum shariah terutama dalam soal mua’malat dan munakahat dan agama rasmi bagi Malaysia sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia adalah Islam. Manakala ada pula pihak yang mengatakan Malaysia tidak Islam@kafir kerana Malaysia tidak mengamalkan undang-undang Islam secara menyeluruh sebaliknya menggunakan undang-undang ciptaan manusia sebagai undang-undang tertinggi membelakangkan undang-undang Islam.

Maka perbalahan berkenaan isu ini pun berterusan dan tidak pernah menemui titik noktahnya. Pemimpin-pemimpim yang mahu mengambil hati umat Islam sibuk melaung-laungkan bahawa Malaysia adalah negara Islam manakala puak yang merasakan kepentingan mereka mungkin terjejas jika Malaysia diiktiraf sebagai negara Islam terus menolak dengan keras Malaysia sebagai negara Islam ditambah lagi dengan orang-orang kafir di dalam negara ini yang sudah semestinya tidak akan menyokong Malaysia sebagai negara Islam.

Persoalannya, apakah penentu ukur bagi mengenalpasti sama ada sesebuah negara itu negara Islam ataupun tidak? Hal ini menjadi sulit kerana tiadanya nas(sepanjang pengetahuan saya) yang secara terang dan jelas memperuntukkan ciri-ciri khusus sesebuah negara Islam dan yang ada hanyalah contoh-contoh rujukan yang dapat dilihat di zaman Khalifah ar-Rashidin, Umayyah, Abbasiah dan Uthmaniah. Terdapat beberapa teori yang membincangkah kaedah dalam mengenalpasti keislaman sesebuah negara itu. Antaranya, adalah seperti berikut (sebagaimana yang tertera di laman web JAKIM):
  1. Muhammad bin Hasan As Syaibani:
    “Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya”.
  2. Muhammad Abu Zuhrah:
    “Negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahananya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim”.
Tapi bagi pihak yang begitu rigid sekali dalam menentukan ciri-ciri negara Islam mereka meletakkan tuntutan yang lebih daripada apa yang dinyatakan di atas seperti undang-undang Islam mestilah diguna pakai secara menyeluruh di dalam negara tersebut dan kemestian untuk mengguna pakai sistem khilafah.

Namun begitu, pendapat-pendapat sedemikian hanyalah bersifat pendapat kepada tokoh-tokoh tertentu yang juga tidak mencapai kata sepakat. Jadi tidak salah rasanya sekiranya saya memberikan sedikit sebanyak pendapat saya yang tidak sepertinya ini berkenaan status Islam negara Malaysia.

Pada hemat saya, mengapa tidak kita meniru cara bagaimana Islam menentukan keislaman manusia sebagai cara untuk kita menentukan keislaman Malaysia. Sebagaimana yang telah saya sebutkan diatas, Islam mengiktiraf individu yang mengucapkan kalimah syahadah dengan keimanan kepada Allah dan rasul-Nya sebagai seorang muslim, namun dengan sebab Malaysia bukan manusia dan tidak boleh mengucap, bagaimana jika kita mengambil kira jumlah penduduk Islam di Malaysia sebagai cara menentukan keislaman Malaysia. Dan jelaslah jika kita menggunakan kaedah ini, Malaysia adalah sebuah negara Islam.

Saya tidak dapat menafikan kebenaran bahawa Malaysia tidak mengamalkan undang-undang Islam secara menyeluruh dan hanya tertakluk kepada hal-ehwal mua’malat dan munakahat sahaja. Dan jika ada pun undang-undang berkaitan jenayah hudud seperti qazaf, hukumannya telah di ta’zirkan dan tidak lagi menepati sebagaimana yang telah disyariatkan Allah. Namun adakah hal yang demikian menyebabkan Malaysia menjadi kafir?

Mengapa kita tidak melihat kepada apa yang telah jelas di dalam Islam? Adakah seorang muslim yang tidak mentaati hukum Islam itu seorang yang kafir? Jawapannya tidak, sebagaimana yang dipegang oleh ahli sunnah waljamaah seseorang muslim yang melakukan dosa bahkan dosa besar itu tidak kafir tetapi mereka adalah fasik selagimana mereka tidak menafikan kewajipan mentaati hukum Islam. Contohnya, jika seseorang itu tidak menunaikan solat dia tidak menjadi kafir selagimana dia percaya bahawa solat itu wajib dan tidak memungkiri kewajiban itu namun yang menjadi kesalahan ialah tindakannya meninggalkan solat ini menyebabkan dia menjadi fasik tetapi tidak kafir.

Jadi dengan melihat kepada kenyataan ini, mungkin kita boleh membuat perumpamaan yang serupa untuk isu status Malaysia. Memang benar Malaysia tidak mengamalkan Shariah yang hukumnya wajib di dalam Islam namun ini tidak boleh kita ambil sebagai sebab untuk mengkafirkan Malaysia. Sedangkan Islam sendiri tidak mengkafirkan penganutnya yang berdosa besar dan tidak memenuhi syariat Islam jadi mengapa kita bertindak begitu keras dalam menentukan status Malaysia? Mengapa kita tidak boleh menerima Malaysia sebagai sebuah Negara Islam tetapi bukan negara Islam yang sempurna kerana tidak menggunapakai seluruhnya undang-undang Islam sebagaimana kita semua sebagai orang-orang Islam yang tidak sempurna kerana saya pasti kita juga tidak terlepas dalam melakukan dosa dan meninggalkan perintah Allah.

Tapi malangnya memberikan pendapat sebegini telah menyebabkan saya ditempelak oleh guru saya. Kata beliau kita tidak boleh membandingkan buah durian dengan buah epal dengan membandingkan cara menentukan keislaman manusia dengan keislaman sebuah negara. Tapi bagi saya, persoalan yang timbul bukanlah perbandingan antara epal dan durian. Mengkafirkan Malaysia adalah tindakan yang tidak adil kepada Malaysia yang pemerintahnya beragama Islam dan juga tidak adil kepada peduduk Islam Malaysia yang mewakili populasi terbesar di Malaysia bahkan sangat tidak wajar kerana Malaysia tidak menolak pelaksanaan Shariah bahkan menuju kearah pelaksanaan dan penambahbaikan terhadap pelaksanaan hukum Shariah yang sedia ada. Mengkafirkan Malaysia, saya kira akan membantutkan semua usaha kearah penambahbaikan pelaksanaan Islam di Malaysia sekaligus menafikan kewujudan mana-mana negara Islam di dunia yang selama ini mengambil Malaysia sebagai negara contoh dari segi pelaksanaan sistem Islam.

7 comments:

bel said...

Assalamu'alaikum Tuan Blogger,

Kalau kita terjemahkan artikel ini, persoalan sebenar ialah: Is Malaysia an Islamic state?

Sebelum kita jawab soalan ini, kita perlu jelaskan beberapa istilah.

Since I am not good in BM, please allow me to continue in English.

There's a difference between being Islamic and being a Muslim.

Being a Muslim means believing and having faith in the Pillars of Islam and the package that comes with it. But being a Muslim doesn't automatically make us Islamic.

Being Islamic, on the other hand, has a different meaning. If someone is Islamic, he practices the "Islam way". Strictly speaking, an Islamic person is one who prays regularly, tries his best not to commit sins, etc. In fact, we can say that non-Muslims can be Islamic sometimes.

Take for example the daily prayer. A Muslim might not pray, but he is still a Muslim. But is he Islamic? I don't think so. Similarly, if a Muslim mengumpat, he or she is still a Muslim, but his or her actions are no longer Islamic.

Applying this logic to the problem: is Malaysia an Islamic state? My answer would be no.

Yes, many of us are Muslims. Yes, the official religion is Islam. Yes, mainly the Muslims are governing the country. The list goes on and on. But are we Islamic? It doesn't seem to be so. We allow casinos, we allow liquor to be sold openly, we allow many things that we shouldn't allow. Just by having a haphazard application of the Shari'ah does not even make us Islamic. As a country, we are Muslims but we are not Islamic.

This leads us to the real question behind the first question: can we separate being a Muslim and being Islamic? :-) This is what we should worry about. Sometimes, we might think that we are Muslims just by reciting the syahada once, twice, maybe a hundred times in our lifetime. But is that a 100% guarantee that we will be considered as Muslims in the Hereafter?

It took me a long time to think about what you said during the debate! And I think this is the best answer that I can come up with.

Syed Fadhil said...

Wa'alaikum salam Tuan Bel,

Hahaha, sekali lagi sejarah berulang.

Pertikaian disini berlaku berpunca daripada penggunaan istilah yang berbeza. Islamic dan Islam. Islamic (adjective@kata sifat) bermakna bersifat keislaman, manakala Islam bermakna Islam.

‘Islamic State’ (jika diterjemahkan sebagaimana yang diinginkan oleh Tuan Bel) = Negara yang bersifat keislaman.

Namun, bagaimana jika kita ingin menterjemahkan Negara Islam yang tidak bersifat keislaman ke dalam bahasa yang dikehendaki oleh Tuan Bel? Adakah ‘Islam State’?

Benar, kita mampu mengelirukan orang dengan bermain-main dengan bahasa tapi masalahnya adakah terjemahan yang kita buat itu sama dengan apa yang ingin disampaikn oleh penulis?

‘Is Malaysia an Islamic State?’ = ’Adakah Malaysia Sebuah Negara yang bersifat keislaman?’

Bagaimana menterjemahkan, ‘Adakah Malaysia Negara Islam?’? Beginikah? 'Is Malaysia an Islam State?'

Bunyinya agak janggal tapi jika itulah yang diinginkan oleh Tuan Bel supaya maksudnya ‘sampai’ maka biarkanlah ayatnya janggal sebegitu.

Tuan Bel menyatakan: “There's a difference between being Islamic and being a Muslim.”

Sebagaimana berbezanya menjadi seorang yang bersifat keislaman dengan seorang yang sekadar Islam, begitulah juga berbezanya Negara Islam dan negara yang bersifat keislaman.

Sebelum bersifat keislaman seseorang itu perlu menjadi Islam terlebih dahulu jika tidak sifat keislamannya itu tidak membawa apa-apa makna.

Dan inilah yang saya ingin nyatakan disini status Islam negara Malaysia bukannya sifat Islam negara Malaysia dan kerana itu saya kiyaskan Malaysia sebagai negara Islam yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya dengan seorang Muslim yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya.

Saya berpendapat Malaysia adalah sebuah negara Islam tetapi tidak menyatakan Malaysia bersifat keislaman. Kerana untuk bersifat dengan sifat keislaman, individu itu perlu mengikuti 'jalan Islam' sesuai sebagaimana yang dinyatakan Tuan Bel.

Nah, apakah masalah sebenar disini? Adakah saya yang tersalah menggunakan bahasa? ataupun Bahasa Melayu yang saya gunakan begitu teruk sekali sehinggakan mesejnya tidak sampai?

bel said...

Ah.. I see...

Bukankah 'Negara Islam' (bukan Islamic) dan 'Negara Muslim' sama dalam bahasa malaysia? Kalau itulah yang dimaksudkan, sememangnya Malaysia adalah sebuah negara Islam.

syazmeen said...

salam
stelah diteliti, tuan blogger nmpknya sedang berdiskusi dgn tuan lecturer beltheshazzar, right? well, kalau dilihat sekilas, msia nmpk mcm negara islam, tp xbersifat keislaman, so, shall we switch islamic state to 'muslim state'? muslim state mungkin blh dterjemahkn sbg negara yg didiami oleh muslim. kalau itulah maksudnya, sudah tentu msia bukan muslim state. walaubagaimanapun, sy mengambil pndekatan bhawa malaysia adlh negara muslim memandangkn majoriti pnduduknya muslim. utk mnjadi negara islam masih belum blh kerana rakyatnya, pemimpinnya, kehakimannya masih tidak berlandaskn ajaran Islam yg sbenar. wallahua'lam

Syed Fadhil said...

Terima kasih Tuan Bel kerana bersetuju dengan saya.

Namun ingin saya nyatakan di sini saya tidak mahu memaksa sesiapa untuk bersependapat dengan saya sebagaimane yang saya telah nyatakan dalam post di atas, ciri-ciri bagi menentukan keislaman suatu negara itu hanyalah bersifat pendapat kerana tiada nas yang jelas dan nyata yang menjelaskan tentangnya.

Terpulanglah kepada individu untuk menilai sendiri status keislaman Malaysia.

Saya sekadar menyatakan pendapat saya yang tidak sepertinya ini. Haraf maaf di atas segala kekasaran dan kesalahan.

bukan lecturer said...

Syazmeen,

Sapa tuan lecturer ni? Isyk isyk.. Tak payah la sebut nama orang tu ;-) Di internet, semua sama taraf je. Lagipun, betul ke Mr. Bel tu?

En. Blogger,

Tak perlulah minta maaf kerana memberi pendapat. Selagi cara penyampaian itu adalah professional, tidak ada masalah.

Saya rasa, masyarakat perlu belajar bahawa semua orang ada pendapat masing-masing. Tapi pendapat-pendapat itu tidak patut dijadikan sebagai alasan perbelahan atau pergaduhan. Masalah kita sekarang ini ialah, apabila seseorang mempunyai satu pendapat, dan seorang lagi tidak bersetuju dengan pendapat itu, selalunya, mereka ini akan bergaduh (sepertimana kita lihat dalam arena politik sekarang). Sepatutnya, kita gabung "khilaf-khilaf" ni untuk membentuk idea yang lebih baik. Itu yang dinamakan "synergy".

Saya pun tak berapa ingat, tapi rasanya ada Hadith yang mengatakan bahawa khilaf itu adalah satu rahmat (tolong perbetulkan ye ;-).

Sekian, dan untuk blog awak, saya bagi A- Hehehehe..

Syed Fadhil said...

Salam,

Wahai 'Tuan Bukan Lecturer', terima kasih di atas pendapat anda. Saya terima dengan hati yang terbuka.

Namun saya tidak meminta maaf kerana memberikan pendapat saya. Saya meminta maaf sekiranye terdapat kekasaran atau kesilapan yang mungkin boleh menyinggug perasaan sesiapa. Maklumlah mungkin bagi diri kita terasa profesional tapi orang lain merasakan ada yang tidak kena.

Tidakkah begitu? hehehe.

Saya juga bersetuju sekali dengan cadangan tuan dalam usaha menamatkan perbalahan umat ini hanya kerana perselisihan pendapat.

Hm, dan lagi satu saya membenarkan kata-kata tuan berkaitan kewujudan hadith tersebut.